Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sikap sabar dan bertolak ansur adalah antara yang dituntut dalam agama kita. Tidak dinafikan kadang kala ianya diuji dengan sikap serta perangai orang lain yang kadang kalanya langsung tidak memikirkan keadaan semasa.
Antara keadaan yang sering sahaja menguji kesabaran kita adalah keadaan lalu lintas yang sesak di sekitar ibu kota. Waktu pagi dan juga ketika orang ramai baru pulang kerja antara yang paling mencabar.
Masing-masing bersesak di atas jalan dan kalut untuk tiba ke destinasi yang ingin dituju. Bermacam kerenah pengguna jalan raya yang boleh kita lihat waktu itu. Ada yang masuk simpang tanpa memberikan signal dan ada juga suka membunyikan hon.
Lain pula jadinya apabila suatu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hisyam Nozi, memaparkan satu video sikap pengguna motosikal yang tidak mampu untuk bertolak ansur.
Lebih mengecewakan sikap salah faham dan keras kepala yang ditunjukkan sehingga tercetusnya pergadhan di atas jalan raya.
Menurut Hisyam, kejadian tersebut berlaku berhampiran Masjid Khalid Al Walid MINDEF, Semarak ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja awal pagi tadi.
Tambah Hisyam lagi, penunggang yang menaiki motosikal ex5 membawa seorang jururawat telah menyrang seorang pengguna motosikal lain atas alasan tidak mampu untuk bertolak ansur. Dia kemudian menolak mangsa sehinggakan pembonceng, merupakan seorang kanak-kanak dan wanita terjtuh dari motosikal yang mereka naiki.
Melihat situasi berkenaan, difahamkan Hisyam akan melaporkan hal tesebut kepada pihak berkuasa memandangkan kejadian berlaku berhampiran MINDEF.
Melihat kepada reaksi orang ramai pula, rata-rata mereka sangat kecewa dengan sikap penunggang motosikal ex5 yang langsung tidak mampu untuk bertolak ansur atau membuat penilaian terhadap mangsa yang menaiki bersama anak kecil.
Sudah menjadi kebiasaan jalan raya akan penuh sesak di waktu puncak dan seharusnya masing-masing perlu sabar menghadapinya. Semoga perkongsian Hisyam ini memberi pengajaran kepada orang ramai ketika berada di atas jalan raya.