Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Muncul Dlm Dokumentasi Al-Jazeera Burukkan Malaysia, Lelaki Warga Bangladesh Kini Diburu Imigresen

Sejak akhir-akhir ini hangat di media sosial berkaitan saluran berita antarabangsa iaitu Al-Jazeera yang telah menyiarkan satu dokumentasi bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”. Video berdurasi lebih 25 minit itu lebih banyak memburukkan nama Negara kita di mata dunia.

BANYAK YANG TOKOK TAMBAH

Bahkan segala maklumat yang disampaikan juga tidak tepat dan boleh dikatakan banyak berunsur tokok tambah sekali gus ramai mempertikaikan kredibiliti wartawan yang membuat liputan tersebut.

BACA JUGA: Ulas Fakta Salah, Al-Jazeera Perlu Mohon Maaf Pada Rakyat Malaysia – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri tampil menjawab segala laporan Al-Jazeera yang dilihat sengaja menambahkan kebencian ramai. Malah dia memberitahu bahawa pihak kerajaan telah membantu serta beri layanan baik kepada semua warga asing selama tempoh PKP.

Malah segala kos ujian saringan turut ditanggung oleh pihak kerajaan sama sekali tidak seperti diwar-warkan.

LELAKI WARGA BANGLADESH SEDANG DIBURU IMIGRESEN

Yang lebih menarik mata ramai masyarakat Malaysia adalah berkaitan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang ditemu ramah oleh stesen berkenaan. Hasil siasatan terhadap lelaki tersebut dikenali sebagai Rayhan Kabir.

Di atas faktor menyampaikan perkara tidak benar dan memburukkan nama Malaysia kepada Al-Jazeera, difahamkan kini Rayhan Kabir sedang diburu Jabatan Imigresen Malaysia.

PERLU BANTUAN ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT

Dalam satu kenyataan, pihak imigresen memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemuda 25 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Difahamkan alamat terakhir warganegara Bangladesh tersebut adalah di Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur.

Sumbet: Bernama TV

Sehubungan dengan itu, jika orang ramai ada terlihat atau mempunyai maklumat tentangnya boleh lah menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI), Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298/1294 waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Kesimpulannya, kalau orang dah buat baik balas lah dengan cara baik. Tiada satu pun Negara dalam dunia ini yang akan memberi kebebasan penuh kepada pendatang asing yang tidak memiliki dokumen yang lengkap.

Kongsi artikel ini: