Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kongsi Momen Bersama 3 Cucu, Peminat Tak Sangka “Hero Malaya” Dah Bergelar Atuk

Mungkin ramai yang tidak sedar pelakon hero pujaan Malaya iaitu Rosyam Nor atau Mohamed Noor bin Shamsuddin sudah pun menjengah usia 53 tahun. Dia yang dilahirkan 1 Mac 1967 sudah pun mula aktif dalam bidang seni sejak tahun 1986 lagi.

Ketika itu dia baru sahaja tamat peperiksaan SPM. Antara yang diingati adalah pembabitan awalnya dalam filem Gila-Gila Remaja bersama sepupunya sendiri iaitu Faizal Hussein. Antara filem lain yang dibintanginya adalah Suami, Isteri dan ….?

Puncak kegemilangannya pula apabila memasuki era 2000 dan ketika itu dia berjaya menerima anugerah sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16.

DAH MILIKI TIGA ORANG CUCU

Berbekalkan wajah yang langsung tak makan dek usia, ramai yang yang tidak tahu bahawa Rosyam Nor sebenarnya sudah memiliki tuga orang cucu perempuan.

Menjadi lumrah bergelar atuk, perkongsian terbaru figura ini di laman Instagramnya yang sedang bermain bersama cucu kesayangan telah menarik mata ramai peminat. Biasa lah ketika mereka masih kecil ini lah perhatian dan juga kasih sayang perlu diberikan agar bila dewasa kelak mereka dapat berjasa dan tidak lupa kepada atuk mereka.

“Masa Berlalu Pantas.Masa mereka kecil kita rindu,kita boleh cari mereka,sebab kudrat masih mengizinkan. Satu hari nanti kudrat longlai. Harap mereka menjenguk kita bila kita rindu. InshaAllah.” Kongsi Rosyam Nor.

TAK SANGKA DAH BERGELAR ATUK, MEMANG AWET MUDA

Melihat kepada reaksi pengikut aktor kacak ini, ramai yang tidak menyangka dengan status “atuk” yang dibawanya. Bahkan mereka menyifatkan pelakon tersebut masih lagi muda biar pun usia memasuki setengah abad.

Atuk dah macam awet muda sehingga kan kalau ada yang tak tahu boleh menganggap bahawa cucu yang berada di pangkuan Rosyam Nor itu adalah anaknya sendiri.

Apa yang penulis boleh kongsikan adalah faktor permakanan dan juga penjagaan kesihatan sangat memberi kesan kepada tubuh badan untuk tampil sihat. Jika badan berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya menjadikan kita kelihatan lebih tua dari umur sebenar.

Kongsi artikel ini: