Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam sesuatu hubungan sudah pasti akan melalui saat peritnya diuji. Harus diingat bahawa ujian itu membuatkan hubungan menjadi lebih matang dan keserasian antara pasangan menajadi lebih utuh.
Instafamous yang juga adik kepada selebriti terkenal iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) di laman sosial sering sahaja mendapat perhatian ramai. difahamkan popularitinya hampir sama dengan seorang artis.
Lihat sahaja aktivitinya yang suka berkongsikan gambar dan juga penggayaan pakaian yang cantik menjadikan LMK gemar diikuti ramai dan tidak hairan lah dia memiliki pengaruh tersendiri dalam kalangan pengikut IG.
Pada awal Jun lalu, LMK dan kekasih hati FD Idzham menjadi tumpuan berikutan desas desus mengatakan hubungan mereka terlerai di tengah jalan. Hal tersebut turut diakui lelaki berkenaan menerusi ruangan IG story.
Walau bagaimanapun hubungan mereka dilihat semakin pulih. Terbaru, beberapa jam yang lalu, LMK ada memuat naik gambar bersama dan diselangi dengan ucapan bersemut.
Gambar tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka dalam masa yang singkat. Dapat diperhatikan ramai pengikutnya mengharapkan momen sebegitu sebelum ini, mereka kembali bersatu seperti dahulu.
Malah, menjengah ke Instagram FD Idzham, dia turut berkongsikan gambar yang sama dan meninggalkan ucapan yang sungguh sweet dan bermakna kepada LMK.
Peminat juga sempat memberikan reaksi positif dengan memuji bahawa LMK dan FD Idzham sangat serasi serta sama cantik, sama padan. Dalam pada itu, mereka mendoakan agar pasangan ini berakhir di jinjang pelamin.
Pengikut mereka turut berharap agar LMK dan buah hatinya itu tidak lagi putus seperti yang berlaku sebelum ini.
Kesimpulannya salah faham dalam hubungan adalah perkara biasa. Manusia memiliki perasaan dan juga pemikiran berbeza. Jadi untuk menyatukan keduanya perlu kan sifat persefahaman yang sangat tinggi.