Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ulas Fakta Salah, Al-Jazeera Perlu Mohon Maaf Pada Rakyat Malaysia – Ismail Sabri

Sejak semalam rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita yang kurang baik yang telah dikeluarkan oleh saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera. Perkongsian mengenai keadaan pekerja asing di Malaysia sewaktu PKP telah didokumentasikan selama hampir 25 minit.

AL-JAZEERA PERTIKAI CARA MALAYSIA LAYAN PENDATANG ASING

Apa yang menjadi pertikaian ramai adalah etika kewartawanan yang dipamerkan oleh Al-Jazeera yang seolah-olah tidak berada pada fakta yang benar dan hanya mencari salah kerajaan Malaysia semata-mata.

Tidak berdiam diri, dapat dilihat tentera bawang Malaysia melakukan tugasan yang sangat baik sehingga video berkenaan memperoleh lebih 180 ribu tanda tidak suka sehinggakan pihaknya terpaksa menutup ruangan komen.

TIADA NEGARA BERI KEBEBASAN PADA PENDATANG ASING TANPA DOKUMEN LENGKAP

Dalam mengulas isu tersebut, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mencabar saluran terkenal berkenaan agar menyenaraikan nama Negara yang memberi kebebasan kepada pendatang asing yang tidak memiliki dokumen lengkap.

Menerusi sidang media yang dipetik dari kiniTV, Ismail Sabri menjawab beberapa soalan yang didakwa wujud perkaumn terhadap warga asing ketika tempoh PKP baru-baru ini. Jelasnya, tiada Negara dalam dunia ini yang membenarkan warga asing tanpa dokumen perjalanan atau tidak sah boleh hidup bebas di Negara mereka.

ULAS FAKTA SALAH, MALAYSIA TANGGUNG KOS SARINGAN

Tambahnya lagi, sehingga kini kerajaan Malaysia masih memberikan layanan baik kepada semua warga asing termasuk lah menanggung segala kos bagi ujian saringan Covid-19. Apa yang diterbitkan Al-Jazeera seolah-olah mendatangkan niat tidak baik terhadap Malaysia.

Dalam pada itu, isu kanak-kanak warga asing digari adalah tidak benar sama sekali. Mereka tidak diasingkan bersama ibu bapa ketika ditahan di pusat depoh, malah diasingkan daripada berada dengan tahanan lain demi keselamatan dan kesihatan.

Ismail Sabri berharap agar saluran berita antarabangsa berkenaan perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas laporan yang tidak selari dengan fakta sebenar.

Melihat kepada reaksi ramai, rata-rata mereka meluahkan rasa tidak selesa dengan ulasan Al-Jazeera dan mula mencari individu warganegara Bangladesh yang ditemu ramah gara-gara sengaja tokok tambah perkara yang tidak betul.

KREDIT kiniTV:

Kongsi artikel ini: