Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pawagam Terengganu Asing Pengunjung Ikut Jantina, Tampil Pula Pihak Yang “Panas Punggung”

Setelah sekian lama rakyat Malaysia bercuti dari melakukan aktiviti sosial akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya kerajaan telah memberi kelonggaran dengan membuka sedikit demi sedikit sektor ekonomi bermula bulan lalu.

Terbaru, yang menjadi tumpuan ramai adalah panggung wayang yang telah dibenarkan untuk beroperasi bermula 1 Januari lalu. Sudah pasti perkhabaran ini antara yang dinanti-nanti para kaki wayang setelah sekian lama berkurung.

Ianya bukan lah satu keputusan yang mudah untuk dibuat memandangkan pelbagai aspek perlu dikaji dan penyediaan SOP baru perlu dirangka sebelum ianya dikuatkuasa. Ianya bagi memastikan para pengujung berada dalam keadaan selamat dan juga terkawal.

PANGGUNG WAYANG DI TERENGGANU TAMPIL BERBEZA, ZON PENGASINGAN

Seperti mana diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat menegaskan agar orang ramai perlu membiasakan diri dengan kehidupan norma baru iaitu kerap membasuh tangan, menjaga penjarakan sosial dan memakai penutup muka.

Tampil berlainan dengan panggung wayang sedia ada, situasi panggung wayang di Terengganu di bawah kendalian Lotus Five Star (LFS) tampil berbeza apabila pihaknya memperkenalkan zon pengasingan tempat duduk mengikut jantina pengujung.

TEMPAT DUDUK DIASING MENGIKUT JANTINA

Pengasingan ini bermaksud pengunjung lelaki dan juga wanita akan diasingkan tempat duduk mereka, iaitu tidak bercampur ketika berada di dalam pawagam kelak. Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak LFS menerusi laman Facebook milik mereka beberapa hari lalu.

Difahamkan bahawa pengasingan pengunjung mengikut jantina ini bukan sahaja terlaksana di negeri Terengganu bahkan di seluruh cawangan seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa lagi buah negeri.

BERDEPAN CABARAN UNTUK YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM

Sudah pasti pengenalan baru untuk hiburan ini mendapat pelbagai reaksi. Bagi beragama Islam, mereka sangat bersetuju dengan perkara ini dan berpendapat ianya salah satu langkah pencegahan daripada berlakunya mksiat.

Walau bagaimanapun, tampil beberapa pengguna bukan Islam merasakan pengenalan baru tersebut sesuatu ketinggalan zaman dan tidak patut dilaksanakan pada era moden kini.

Rasanya pengenalan ini mungkin berdepan dengan sedikit cabaran dalam memastikan semua penggunjung akur dan terima untuk diasingkan daripada pasangan kelak.

Kongsi artikel ini: