Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kembar sering ditafsirkan sebagai individu yang memiliki rupa paras yang sama dan dilahirkan dari uterus ibu yang sama. Namun ada juga kisah yang mana individu memiliki rupa paras yang sama dari individu berlainan ibu.
Kali ini melibatkan aktres terkenal Nora Danish yang dikaitkan dengan seorang jejaka kacak, memiliki rupa paras seakan pelakon cantik berkenaan. Bahkan peminat beranggapan bahawa jejaka tersebut adalah adik Nora Danish.
Ianya mula menjadi bualan semenjak Nora Danish mula sibuk persiapkan diri dengan suatu telefilem yang sedang giat dijalankan.
Terbaru, dia dilihat sering berkongsikan gambar sewaktu penggambaran di laman Instagram miliknya. Difahamkan karya berjudul Kelaster masih lagi dalam perbikinan dan antara pelakon lain yang turut membintangi ialah Azhan Rani, Achey, Amyza Adnan dan ramai lagi.
Bukan mengenai lakonan yang menjadi perhatian ramai. Sebaliknya peminat lebih cenderung untuk mengetahui wajah seorang jejaka kacak yang berada bersama-sama Nora Danish.
Jejaka yang dikenali sebagai Meerqeen ini memiliki wajah mirip Nora Danish sehinggakan peminat menyangkan mereka mempunyai hubungan darah daging.
Hakikatnya Meerqeen adalah finalis Hero Remaja 2020 yang turut sama terlibat dalam telefilem berkenaan.
Melihat kepada reaksi orang ramai, mereka memuji ketampanan wajah Hero Remaja tersebut dan berpendapat bahawa dia dan Nora memiliki banyak persamaan terutama bahagian hidung dan juga bibir.