Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hidup Hanya Menumpang Tuah Anak, Ibu Aryanna Dezek Betulkan “Fakta” Sebenar

Akhir-akhir ini, nama si cilik Aryanna Alyssa Dezek mula mencuri tumpuan ramai. Berikutan perkongsian artis yang masih berusia 12 tahun ini mengenai kejayaannya memiliki kenderaan berharga RM250 ribu berkat usaha sendiri.

Biasa lah, masyarakat lebih menilai sesuatu dengan pandangan negatif berbanding mengambilnya sebagai contoh tauladan. Biarpun dari awal lagi si cilik ini menyatakan tujuan perkongsiannya itu adalah untuk memberi semangat kepada orang ramai dan bukan lah untuk menunjuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur Baru Cecah 12 Tahun, Si Cilik Ini Dah Mampu Beli Kereta Berharga RM250 Ribu Sendiri
TIMBUL DAKWAAN KELUARGA MENUMPANG KEKAYAAN ANAK

Lain pula jadinya apabila timbul dakwaan mengatakan keluarga Aryanna mempergunakan anak mereka demi meraih kesenangan dengan jalan singkat.

Enggan terus menjadi salah faham, ibu Aryanna iaitu Suzanne Dezek tampil memberi penjelasan agar tidak lagi jadi buah mulut. Menurutnya, keputusan untuk membeli Toyota Vellfire adalah dari anaknya sendiri.

SUAMI JURUTERA KAPAL, MAMPU UNTUK BELI SENDIRI

Ini berikutan untuk memudahkan Aryanna berulang alik menjalani penggambaran. Ada pihak yang menyelar bahawa Suzanne dan suami, Hafidz Dezek hidup menumpang atas populariti anak.

Tambah Suzanne, suaminya telah pun menyediakan rumah dan juga simpanan untuk anak-anak sambung belajar. Suami yang memiliki kerjaya sendiri sebagai jurutera kapal sangat mampu untuk membeli kereta tersebut sendiri. Jadi tiada istilah ibu bapa menumpang pendapatan anak dalam hal sedemikian.

FIKIR POSITIF, NETIZEN TIDAK TAHU LATAR BELAKANG KELUARGA
“Sebab rata-rata cakap saya dan suami yang nak pakai kereta tu. Padahal tu kehendak dia sendiri, mungkin mereka tak tahu ayah Aryanna bekerja sebagai ketua jurutera kapal. Ayah dia pun mampu.” Jelas Suzanne.

Tidak mengambil pusing apa yang diperkatan netizen, Suzanne tidak cepat melatah dan tidak menyalahkan netizen soal tersebut. Baginya, netizen tidak tahu latar belakang keluarga sehingga pelbagai andaian kurang baik dilemparkan.

Justeru, diharapkan para netizen jangan terlalu cepat membuat andaian atau pun tomahan selagi mana tidak mengetahui perkara sebenar. Ingat lah bahawa setiap manusia memiliki jalan hidup dan laluan berbeza.

Kongsi artikel ini: