Pelakon cantik kelahiran Indonesia, Nia Ramadhani bukan sahaja terkenal di Negara jiran tersebut, malah berjaya mencuri hati peminat di Malaysia khususnya. Berbekalkan wajah yang cantik, Nia berjaya menambat hati rakyat Malaysia ketika membintangi drama “Bawang Merah Bawang Putih” pada 15 tahun yang lalu.

Sejak dari situ dia mula mendapat kepercayaan ramai pengarah untuk membintangi di layar perak. Malah bakatnya turut disunting sebagai pengacara televisyen kemudiannya. Dengan sikap berani Nia yang merelakan diri membawa adengan bercium dan berpakaian bikini menjadikan pelakon ini cepat naik dalam industri hiburan di Indonesia.

PERNAH JUGA DIUJI, PERLU BERKOMUNIKASI

Di usianya 20 tahun, Nia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang pengerusi utama stesen televisyen tvOne iaitu Ardiansyah Bakrie. Dan sejak bergelar isteri, Nia memutuskan untuk tidak lagi aktif berlakon dan menumpukan pada rumah tangga.

Pasangan ini dilihat semakin bahagia saban hari biar pun usia perkahwinan sudah pun memasuki 10 tahun. Namun jelas Nia, ada kalanya hubungan mereka turut diuji. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri.

PASANGAN TIADA KUASA UNTUK BACA FIKIRAN

Walau bagaimanapun, Nia memiliki cara tersendiri dalam mengawal hubungan agar kekal harmoni. Jelas selebriti cantik ini, dia menitik beratkan soal komunikasi kerana setiap pasangan tidak mampu untuk membaca fikiran kita.

Tambahnya lagi, pasangan tidak mempunyai kuasa psikik untuk membaca benak fikiran. Jika timbul masalah lebih baik berbicara berbanding mengambil keputusan mendiamkan diri. Yang sering menjadi kesalahan orang ramai adalah tidak memberitahu apa yang tidak suka.

10 TAHUN TAK BUKA DOMPET DAN TELEFON SUAMI

Selain itu, Nia juga mengamalkan pesan yang sering diingatkan oleh ayahnya. Untuk kekalkan rumah tangga bahagia, seorang isteri diingatkan agar tidak memeriksa telefon bimbit atau pun dompet suami.

Akui Nia, dia memang mengikut pesan ayahnya itu. Sejak 10 tahun berkahwin dia langsung tidak menyentuh mahu pun membuka dompet dan telefon Ardiansyah. Alasannya adalah jika kita seorang yang kuat cemburu, mesej perbualan biasa boleh jadi masalah besar yang lain.

Masing-masing miliki cara tersendiri dalam mengawal perasaan atau pun emosi. Mungkin dengan cara sebegini menjadikan Nia lebih yakin dan bahagia di sisi suami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here