Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Artis cantik kelahiran Akademi Fantasia iaitu Ayda Jebat antara pasangan yang mendapat perhatian berikutan dia antara selebriti yang melangsungkan majlis pertunangan secara atas talian.
Umum sudah pun maklum bahawa Ayda Jebat dan Nabil Mahir memilih tarikh pertunangan pada bulan lalu yang mana Negara kita sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sebarang majlis keraian atau sosial dilarang sama sekali bagi mengelakkan penularan pandemik ketika itu. Masing-masing dilihat sama cantik sama padan apabila menggayakan baju sedondon berwarna putih dan diedit duduk bersebelahan.
Dalam budaya Melayu sangat menekankan adat di mana tempoh bertunang, setiap pasangan perlu lebih berhati-hati. Bergelar darah manis sering sahaja berdepan dengan ujian yang langsung tidak sama sewaktu bercinta.
Dalam perkembangan terbaru, timbul pula isu yang tidak sedap untuk didengar berkaitan Ayda dan Nabil. Ada pihak mendakwa bahawa mereka berdua sudah tinggal sebumbung biar pun hubungan masih lagi belum halal.
Tampil individu yang membandingkan kehidupannya sewaktu bertunang dahulu dengan keadaan yang dilalui Ayda Jebat yang sering sahaja berjumpa Nabil.
Enggan menimbulkan salah faham, Ayda tampil menjawab komen berkenaan dan memaklumkan dengan keadaan semasa, sebagai seorang pelakon, dia perlu komited dengan kerja.
Jadi mereka mengambil jalan selamat dengan membuat penggambaran di rumah sahaja supaya dapat mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku. Malah jelas Ayda lagi, jika berlakon di rumah mereka tidak perlu memakai penutup muka atau pun cecair pencuci tangan.
Konklusinya jangan lah cepat untuk peminat menjatuhkan apa-apa hukum selagi ianya tidak jelas. Sama-sama kita doakan agar pasangan ini cepat mendirikan rumah tangga dan dipermudahkan urusan mereka kelak.