Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

7 Bulan Suami Hilangkan Diri, Wanita Sarat Hamil Gigih Cari Duit Bawah Panas Matahari

Akhir-akhir ini kita sering sahaja mendengar berita mengenai masalah rumah tangga. Ada yang kehilangan suami akibat dijemput Ilahi. Ada pula suami buat hal berkahwin dengan pasangan muda.

SARAT MENGANDUNG, MASIH BERSUSAH PAYAH CARI REZEKI

Setiap pasangan memiliki ujian tersendiri. Harus diingatkan bahawa setiap ujian yang Tuhan turunkan berpadanan dengan kemampuan hambaNya. Yang penting kita perlu sentiasa sabar, berdoa dan kekal positif dalam mengharunginya.

Menarik minat penulis untuk berkongsikan satu kisah menyayat hati. Seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Mun memuat naik gambar serta kisah kakak iparnya sendiri yang membanting tulang empat kerat dikala diri sedang sarat mengandung.

Sumber Instagram
DAH 7 BULAN SUAMI MENGHILANGKAN DIRI TANPA KHABAR BERITA

Untuk menampung keperluan keluarga dan juga kos bersalin kelak, kakaknya terpaksa berdikari untuk mencari pendapatan. Hal ini berikutan suami yakni abang Mun sudah lebih 7 bulan menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Mun dan keluarga sehingga kini tidak mampu memberi jawapan kenapa dan bagaimana abangnya sanggup bertindak sedemikian sedangkan dia masih ada tanggungjawab terhadap isteri dan 6 orang anak.

JUAL JAGUNG DAN NASI LEMAK DENGAN HARGA SANGAT MURAH

Menurut Mun, kakak iparnya itu terpaksa berniaga kecil-kecilan di sekitar Rawang. Antara yang sedang diusahakan adalah menjual jagung manis dan nasi lemak. Yang menarik perhatian adalah harga jualan sangat lah murah dan berbaloi untuk dibeli para pelanggan.

Melihat kepada reaksi pengguna Twitter yang lain, rata-rata meluahkan rasa simpati dengan nasib yang terpaksa dilalui oleh kakak ipar Mun dan anak-anak. Membesarkan anak dan melahirkan zuriat tanpa suami di sisi bukan lah perkara mudah.

Berniaga berhampiran NSK Rawang

Dalam pada itu, mereka sempat menitipkan doa agar dia dan anak-anak dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dalam mengharungi dugaan ini.

Jadi, ingat lah bahawa dalam setiap nikmat yang kita lalui, cuba lah sejenak untuk tunduk ke bawah untuk melihat kesusahan orang lain. Dengan cara ini akan mengajar kita mengenal erti syukur dan menghargai setiap rezeki Tuhan kurniakan.

Kongsi artikel ini: