Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Penyanyi veteran yang terkenal dengan lagu Hampa di era 1990an iaitu Mohd Zaki Mansur atau lebih dikenali sebagai To’Ki menjadi topik utama para media sejak akhir-akhir ini berikutan tersebarnya kisah hidup dia dan isteri yang tinggal di pondok usang.
Mengimbau sejarah To’Ki, ini bukan pertama kali dia mengejutkan para peminat kerana sebelum ini dia pernah dilaporkan oleh sebuah akhbar yang menuduhnya menjadi ketua kongsi sehingga penyanyi tersebut bertindak menyamn ke atas kenyataan laporan tersebut.
Tidak lama kemudian, pada tahun 2011, keluar pula kisah To’Ki yang dikatakan kelibatnya sering berada di Pasar Borong Selayang untuk meminta sedekah dan pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan barang terlarang.
Melihat kepada keadaan penyanyi ini bersama isteri yang berada dalam kedaifan, timbul fahaman dalam sebilangan masyarakat yang menunding jari kepada anaka-anak. Mereka menyifatkan anak-anak To’Ki tidak pedulikan keadaan ayah tanpa mengetahui hal sebenar.
Berasa terkesan dengan tomahan yang dilemparkan, tampil salah seorang anak To’Ki iaitu Noor Hidayah yang kini berusia 27 tahun menceritakan konflik berlaku dalam keluarga mereka dan membetulkan tanggapan netizen sebelum ini.
Menurut Hidayah, kali terakhir dia bertemu dengan bapanya adalah ketika To’Ki mewalikan pernikahannya iaitu pada 4 tahun yang lalu. Selepas dari itu, dia dan adik beradik yang lain sama sekali tidak tahu keadaan bapanya yang hidup serba kekurangan.
Kesimpulannya, sebagai orang luar jangan lah cepat menjatuhkan sesuatu hukum kepada ahli keluarga To’Ki yang selama ini kita tidak tahu sejarah lampau mereka. Apa pun semoga kehidupan To’Ki bertambah baik kelak.