Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Penyanyi dangdut asal dari Negara jiran, Indonesia iaitu Cita Rahayu atau nama komersilnya Cita Citata sangat terkenal di Malaysia dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa penyanyi berusia 26 tahun ini pernah mendirikan rumah tangga.
Rumah tangga yang dibina bersama Galih Purnama pada tahun 2012 tidak bertahan lama apabila kedua mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2015.
Tidak menjadikan sejarah kegagalan dalam perkahwinan sebagai penghalang untuk mencuba hubungan baru, hangat diperkatakan Cita Citata menyulam cinta bersama seorang lelaki Inggeris mualif dikenali sebagai Roy Geurts.
Sejak setahun mengenali hati budi masing-masing, akhirnya mereka bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan pada beberapa bulan yang lalu namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.
Malah dilaporkan mereka sempat mengambil gambar pra perkahwinan bersama sebelum ini. Namun siapa sangka aturan Allah itu lebih berkuasa apabila terbaru dikhabarkan Cita Citata telah pun membatalkan perkahwinan dengan kekasih sekali gus memutuskan hubungan.
Menjawab mengenai punca perpisahan, penyanyi tersebut memberitahu bahawa keputusan yang dibuat hasil persetujuan bersama. Walau bagaimanapun Citata tidak menjelaskan secara terperinci dan hanya menerima takdir ini sebagai suatu pengajaran dalam hidup.
Malah dia ada memberitahu bahawa tidak mengambil kisah tentang buah mulut peminat mengenai pembatalan perkahwinan ini.
Apa pun keputusan yang dibuat, semoga Citata dan Roy menemui kebahagiaan dengan cara tersendiri dengan jodoh yang lebih baik kelak.