Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dah jadi kebiasaan untuk makcik-makcik bawang di Malaysia suka masuk campur urusan kehidupan para selebriti. Bila hidup membujang sibuk ditanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin pula sibuk ditanya bila nak ada anak.
Seharusnya peminat perlu peka bahawa isu anak atau pun cahaya mata ini antara perkara sensitif. Jangan pula cepat melatah bila suatu pasangan itu lambat mendapat anak dan mungkin mereka ada perancangan tersendiri demi masa depan keluarga.
Lihat sahaja pasangan Elly Mazlein dan suaminya, Cikgu Azlan di mana sering sahaja ditanya soal cahaya mata. Sebelum ini dia sering sahaja memuat naik gambar Outfit Of The Day (OOTD) di media sosial.
Namun sejak akhir-akhir ini jarang pula melihat dia berbuat demikian sekali gus menjadi tanda tanya peminat dan beranggapan bahawa pelakon berkenaan sedang berbadan dua.
Enggan terus menjadi spekulasi, Elly yang selesa disapa Kak Lina memberitahu yang dia akan berkongsikan kepada umum apabila tiba masanya nanti.
Sudah pasti setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan zuriat yang sihat bagi melengkapi hubungan perkahwinan yang terbina. Begitu juga yang diharapkan oleh Kak Lina dan Cikgu Azlan.
Buat masa kini terlalu awal untuk dia kongsikan apa-apa berita berkaitan kehamilan. Apa yang dimintanya adalah mengharapkan peminat mendoakan yang baik-baik sahaja rezekinya bersama suami.
Keseluruhannya, menjadi ibu bapa adalah idaman setiap pasangan berkahwin. Namun ianya perlu diselangi dengan rasa tanggungjawab dan penuh kasih sayang. Apa pun semoga perancangan yang diatur oleh Kak Lina dan suami dipermudahkan kelak.