Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Umur Baru Cecah 12 Tahun, Si Cilik Ini Dah Mampu Beli Kereta Berharga RM250 Ribu Sendiri

Rezeki yang Allah turunkan pada hambaNya tak pernah lambat atau pun cepat. Ianya seiring dengan usaha yang kita lakukan. Bercerita soal rezeki, sebenarnya pelbagai cara yang kita boleh lakukan dewasa kini.

BANYAK CARA PENJANAAN PENDAPATAN ATAS TALIAN

Antara yang sering menjadi perhatian adalah penjanaan pendapat melalui melalui atas talian. Pelbagai platform kini yang menawarkan penjanaan pendapatan antaranya adalah seperti Google Adsense melalui YouTube dan AdBreak melalui Facebook.

Jadi tidak hairan lah ramai artis menjadikan nama mereka sebagai peluang di dunia YouTube dan AdBreak. Dengan pengaruh sedia ada mudah untuk mereka meraih jumlah tontonan yang tinggi sekali gus menghasilkan pulangan yang menguntungkan.

ARYANNA DEZEK SI CILIK YANG BERJAYA DI YOUTUBE

Antara artis yang mula menjadi perhatian di YouTube ialah si cilik Aryanna Dezek. Sebagai rekod, Aryanna merupakan artis yang buat konten menyanyi yang kini berada di carta 10 teratas yang memiliki subscribers paling ramai di Negara kita.

Menjengah ke ruangan YouTube si cilik ini, dia telah pun mencapai angka 3 juta subscribers dan purata yang menonton videonya adalah sekitar 100 ribu jumlah tontonan. Sudah pasti ianya satu pencapaian menakjubkan bagi seorang kanak-kanak.

BELI VELLFIRE DI USIA 12 TAHUN

Dalam perkembangan terbaru, hasil kejayaan Aryanna di YouTube membolehkan dia membeli sebuah kereta mewah kegemaran ramai iaitu Toyota Vellfire yang dianggarkan berharga sekitar RM250 ribu.

Biar pun baru berusia 12 tahun, kejayaan ini bagai mimpi buat Aryanna yang langsung tidak menyangkakan pulangan muat naik video di YouTube membolehkan dia dan keluarga merasa nikmat kecil ini.

BUKAN NAK MENUNJUK, CUMA…

Jelas Aryanna, apa yang dia miliki ini bukan lah bertujuan untuk menunjuk. Cuma dia ingin memberitahu kepada umum bahawa sesuatu impian dapat dicapai jika kita meletak target dan berusaha ke arahnya tanpa rasa jemu.

Tambahnya lagi semua orang mampu untuk mencuba hasilkan video sendiri. Yang penting kontennya perlulah kreatif dan membawa kebaikan kepada orang ramai agar mudah untuk menarik minat penonton.

Jelas lah bahawa kejayaan seseorang bukan dilihat pada angka umur tetapi pada betapa kerasnya dia berusaha untuk mengubah nasib. Semoga kisah si cilik ini menjadi inspirasi buat orang ramai dalam mencipta kejayaan tersendiri.

ANTARA VIDEO ARYANNA DEZEK:

Kongsi artikel ini: