Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Kisah Berkongsi Kasih, Wanita Ini Cari Calon Solehah Sebagai Isteri Kedua Suami Sendiri

Madu merupakan perkataan yang paling digeruni dan sensitif bagi kaum wanita. Ini berikutan madu yang dimaksudkan bukan lah sejenis minuman kesihatan dari lebah tetapi ia lebih kepada perkongsian hidup bersama suami.

Biarpun hidup bermadu dibenarkan dalam agama Islam, namun rata-rata bukan mudah untuk para isteri menerima atau pun redha dengan berkongsi kasih sayang suami mereka dengan wanita lain.

Apa pun semua terletak pada tanggungjawab serta cara si suami kendalikan keluarga. Sama ada dia layak untuk berkahwin lebih dari seorang atau pun tidak. Umum mengetahui berkahwin bukan lah hal mudah.

Tanggungjawabnya sangat besar untuk menanggung seseorang wanita, ini kan pula lebih dari itu. Kehidupan perlu seiring antara dunia dan juga akhirat.

WANITA CARI SENDIRI ISTERI KEDUA BUAT SUAMI

Di dalam kekalutan ramai wanita dan para isteri tidak bersetuju untuk berkongsi kasih sayang, lain pula yang dilakukan oleh wanita ini. Dikenali sebagai Zara di laman twitter, dia secara terbuka menyatakan sedang mencari isteri kedua buat suaminya.

Menurutnya dia kini sedang mencari pasangan solehah dijadikan isteri kedua suaminya. Namun tidak dijelaskan secara terperinci punca dia bertindak sedemikian.

“Saya sedang mencari isteri kedua buat suami saya. Sekiranya anda mempunyai atau mengenali rakan yang baik dan solehah sebagai calon, boleh lah menghubungi saya. Terima kasih.” Tulis ringkas Zara.

RAMAI YANG TIDAK BERSETUJU

Biar pun penulisan Zara ini dilihat positif dan membawa maksud baik, namun lain pula reaksi yang diterima oleh warganet. Rata-rata pengguna twitter wanita tidak menyokong dan mempersoalkan tindakan Zara yang rela untuk dimadukan.

Malah ada antara mereka yang berpendirian untuk tidak mempromosikan rakan yang solehah untuk dijadikan calon berikutan dapat merasai betapa perit rasanya bila berkongsi kasih sayang dengan orang lain.

Dalam pada itu, ada yang turut mendoakan agar apa yang dilalui Zara dipermudahkan dan mendoakan agar wanita tersebut dipertemukan dengan calon yang dicari.

Biar pun Zara tidak mendedahkan secara jelas situasi yang dihadapi, sama-sama kita doakan apa yang dicari oleh wanita tersebut menemui jalan penyelesaian dan kebahagiaan dengan cara tersendiri.

Kongsi artikel ini: