Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Membesarkan anak bukan lah suatu hal yang mudah untuk dilaksanakan. Tambahan pula jika perlu membesarkannya seorang diri tanpa pasangan di sisi. Sakit demam si kecil antara situasi biasa yang sering menghantui para ibu bapa.
Di sini lah seorang ibu atau bapa diuji tahap kesabaran dalam memastikan anak kembali sihat. Sebelum ini pernah tular kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Airina Roslan yang mana dia disahkan hamil anak pertama selepas tiga hari pemergian suami.
Dalam duka Allah hadirkan khabar gembira buat wanita tabah ini. Suaminya Allahyarham Muhammad Amirul Ashraf pergi meninggalkan Airina berpunca dari kegagalan jantung ketika dia sedang bermain futsal.
Dalam perkembangan terbaru, dikhabarkan Airina telah selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki sihat dan memilih nama sebagai Ali. Menurut ibu tunggal berusia 24 tahun ini, bayinya itu saling tak tumpah seperti arwh suami.
Bukan mudah untuk seorang wanita yang perlu mengharungi proses mengandung sehingga masuk ke dewan bersalin seorang diri tanpa ditemani insan tersayang. Ternyata apa yang diharungi Airina memerlukan semangat juang yang tinggi.
Dipermudahkan segala urusan sepanjang melahirkan anak, Airina dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebaikan buatnya dan memberi sokongan serta semangat dalam diam.
Kesimpulannya, hargai lah insan tersayang selagi ada di depan mata. Tahniah penulis ucapkan kepada Airina di atas kehadiran Ali sebagai peneman baru. Semoga terus kuat dalam mengharungi tanggungjawab sebagai ibu kelak.