Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kehidupan Shuib Sepahtu dilihat semakin baik saban hari. Boleh dikatakan Shuib antara artis yang bijak menggunakan peluang yang terhidang di depan mata. Biar pun sibuk dengan kerja hakiki sebagai pelawak dan juga penyampai radio namun dia masih sempat untuk membuat urusan lain.
Antaranya lihat sahaja perniagaan minuman berasaskan madu iaitu Bubble Bee yang kini semakin mengorak langkah. Kini Shuib sudah pun membuka cawangan minumannya tersebut di Setapak bagi memudahkan lagi peminat mendapatkannya.
Tidak dinafikan yang sebelum berjaya kita perlu berdepan dengan pelbagai cabaran. Termasuk lah Shuib yang mana sebelum ini dia pernah berdepan dengan individu yang sailang perniagaannya.
Walau bagaimana pun ia bukan penghalang untuk Shuib menyerah kalah. Perniagaan yang semakin rancak dan naik mencanak, dikhabarkan Shuib telah mendapat tawaran untuk gelaran datuk dari sebuah negeri.
Mengulas tentang isu ini, Shuib memberitahu yang dia belum lagi mencapai kata putus sama ada untuk menerima atau menolak gelaran tersebut. Hal ini disebabkan dia perlu memikirkan beberapa perkara dari pelbagai sudut.
Sebagai contoh, Shuib merasakan gelaran datuk terlalu berat untuk disandang memandangkan dia hanya berkerja sebagai penyampai radio di Hot FM. Dari sudut perniagaan pula, gelaran tersebut sangat lah memberi kelebihan.
Lebih-lebih lagi minuman Bubble Bee yang kerap berurusan dengan ahli korporat bagi melebarkan lagi sayap perniagaannya itu.
Apa pun keputusan Shuib kelak, semoga ianya membawa seribu satu kebaikan kepada dia dan juga keluarga. Peluang datang hanya sekali dan semoga Shuib dapat membuat keputusan yang bijak.