Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kontroversi yang melanda Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagi Boy Iman akhirnya mempunyai jalan penyelesaian. Pelakon yang juga ahli perniagaan ini telah diisythiharkan mflis oleh mahkamah tinggi yang berkuat kuasa semalam.
Pengisythiharan mflis itu diputuskan oleh pihak mahkamah disebabkan Boy Iman yang gagal melangsaikan sejumlah hutang yang dituntut oleh seseorang individu pada pertengahan tahun lalu. Boy Iman selaku penghutang gagal membayar hanya RM60,000.00 dengan arahan mahkamah.
Namun begitu, respond Boy Iman terhadap laporan itu hanyalah dengan mampu tergelak. Tambahnya lagi dia tidak tahu menahu mengenai tindakan undang undang yang bakal dikenakan ke atasnya terlebih dahulu.
Boy Iman dengan setegasnya memberitahu bahawa dia tidak pernah tahu akan tindakan yang bakal diterima kerana dia tidak pernah menerima sebarang notis untuk dirinya daripada mana mana pihak.
Dalam masa yang sama, dia masih lagi menunggu maklum balas yang lanjut mengenai kes ini. Difahamkan peguam yang mewakili pemiutang itu memfailkan kes ini menerusi program rumah mampu milik yang dilancarkan sekitar pada tahun 2017. Program ini dikelola oleh Boy Iman melalui syarikat DBI Technology Sdn Bhd yang dikenali program DBI Homes.
Jelasnya lagi, anak guamannya telah menyertai program tersebut untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM60,000 dan telah membayar wang sebanyak RM 50,000 namun rumah itu belum lagi siap sehingga ke hari ini.
Yang dijanjikan dalah rumah tersebut akan siap sekitar tempoh 6 bulan namun projek itu akhirnya tidak menjadi. Hal ini menyebabkan pemiutang berasa ditipu dan terus meminta pihak Boy Iman untuk membayar kembali wang yang telah dibayar.