Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setelah berbulan-bulan pandemik memberi kesan kepada pelbagai sektor, akhirnya rakyat dapat menghirup perasaan lega. Tanggal 1 Julai 2020, kerajaan Malaysia telah memberi kelonggaran terhadap semua pihak untuk kembali beroperasi seperti sedia kala.
Perlu diingatkan bahawa kelonggaran yang berkuatkuasa bukan lah petanda bahawa kita berjaya menentang sepenuhnya rantaian wabak ini.
Yang penting semua pihak perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan dan mengamalkan normal kehidupan yang baru. Antara yang kembali beroperasi adalah prasekolah yang sekian lama menangguhkan sesi pembelajaran.
Menjadi tumpuan ramai pula reaksi anak-anak kecil yang teruja dan mula rasa rindu dengan suasana pembelajaran di sekolah dan juga rakan-rakan yang hampir 4 bulan tidak bersua muka.
Mencuri perhatian netizen apabila seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hasrul Rizwan ada berkongsikan video gelagat kanak-kanak cilik yang ditemu bual mengenai pandemik Covid-19.
Sekali gus jawapan yang diberikan menggelikan penonton apabila dia menyamakan Covid-19 dengan sesuatu yang “tajam” serta menakutkan. Tak kurang dengan itu, dia membayangkan bahawa hanya kentut sahaja mampu menumpaskan pandemik tersebut.
Bagi kanak-kanak, Covid-19 adalah makhluk yang tajam dan hanya kentut yang mampu menumpaskannya. pic.twitter.com/pqeGBKpw2z
— Hasrul Rizwan (@HasrulRizwan) July 1, 2020
Itu lah imaginasi bagi seorang kanak-kanak. Mereka menjawab berdasarkan logik akal sendiri yang kadang kala mampu membuat kita tersenyum gembira. Video berkenaan telah mendapat lebih daripada 200 ribu jumlah tontonan dan 23 ribu tanda suka dari warganet.
Melihat kepada reaksi pengguna Twitter yang lain, ramai memuji kecomelan si cilik tersebut. Apa yang disampaikan mungkin lucu tetapi ada maksud tersendiri seperti tajam bererti bhaya dan kentut adalah penjarakan sosial.
Melihat kepada telatah si kecil ini sudah pasti ianya mampu memeningkan dan menjadi cabaran baru kepada tenaga pengajar. Apa pun semoga para guru diberi ketabahan dan kekuatan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berjaya kelak.
Kredit: Twitter Hasrul Rizwan