Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Beri Muka, Tolak Pelarian! “Pak Long Mail” Minta UNHCR Cari Negara Ketiga Buat Rohingya

Kisah pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Rohingya bukan lah isu baru buat rakyat Malaysia. Kisah mereka ini mula menjadi hangat awal tahun lalu apabila kemasukan mereka secara haram ke Negara ini semakin mendadak saban hari.

Boleh dikatakan Malaysia menjadi tumpuan utama untuk mereka mendarat menerusi jalan laut. Jumlah pelarian Rohingya juga dilaporkan semakin meningkat apabila dikhabarkan mereka telah mewujudkan penempatan tersendiri di beberapa tempat dalam Negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Putus Asa! Dua Bot PATI Rohingya Bersiap Sedia, Hanya Tunggu Masa Memasuki Perairan Negara
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Serik! Ratusan PATI Rohingya Gigih Masuk Malaysia, Guna “Taktik Licik” Elak Diusir
MALAYSIA TAK BOLEH TERIMA KEHADIRAN PELARIAN ROHINGYA

Merasakan kemasukan mereka secara besar-besaran membawa beban kepada Negara, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa Malaysia tidak akan lagi menerima pelarian tersebut.

Perkara ini turut diluahkan menerusi laman Facebook Ismail Sabri sendiri pada beberapa jam yang lalu. Menurutnya, pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) perlu mencari negara ketiga lain untuk pelarian Rohingya.

UNCHR PERLU SEDIAKAN PELAN JANGKA SEDERHANA DAN JANGKA PANJANG

Malah, mereka juga perlu menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang agar isu pelarian Rohingya di Malaysia ini tidak berpanjangan dan menjadi suatu beban lain.

“Kunjung hormat oleh Mr. Thomas Albrecht, wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR). Perbincangan kami khusus mengenai pelarian Rohingya di Malaysia.”
“Saya maklumkan Malaysia tidak boleh menerima kehadiran pelarian Rohingya lagi. Saya meminta beliau mencari Negara ketiga untuk menerima pelarian Rohingya di Malaysia.”
“Saya juga meminta beliau menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang untuk selesaikan isu Rohingya di Malaysia.” Kongsi Menteri Kanan Keselamatan lanjut.

RAKYAT SETUJU KEPUTUSAN KERAJAAN

Keputusan yang dibuat oleh Ismail Sabri dan pihak kerajaan disambut baik oleh warganet. Mereka dilihat bersetuju dengan keputusan kerajaan yang mana tidak lagi berlembut atau pun memberi muka kerana apa yang ada kini sudah jadi menjadi suatu masalah untuk orang ramai.

Sumber Facebook

Apa pun, sebagai manusia sama-sama lah kita doakan agar bangsa Rohingya mendapat pembelaan dan dapat hidup aman damai di bumi sendiri kelak.

Kongsi artikel ini: