Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Beberapa hari ini hangat di laman sosial berikutan isu anak lelaki pengasas kosmetik Dnar, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad yang telah menghantar mesej berbaur ugutan kepada bapa tirinya.
Mohamed Akhbar Hakim Jasmin difahamkan didakwa berikutan mengugut untuk mendatangkan kemudaratan kepada bapa tirinya dengan menghantar mesej pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.
Tertuduh yang masih berusia 20 tahun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Mageswari di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Berikut adalah kiriman WhatsApp yang dihantar Iqbal kepada bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim:
Mesej tersebut dihantar pada 15 Jun lepas pada jam 8.45 malam ketika dia berada di pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Iqbar bakal berdepan dengan hukuman pnjara maksimum 7 tahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Kseksaan jika dia disabitkan kesalahan.
Di atas kesalahan tersebut yang tidak boleh diikat jamin, Timbalan Pendakwa raya, Muhammad Aiman Azahan tidak menawaarkan jaminan. Namun demikian, peguam bagi pihak Iqbar memohon untuk diikat jamin antara RM2,000 hingga RM3,000 memandangkan ia mamadai untuk memastikan anak guamnya hadir ke mahkamah.
Sehubungan dengan itu, pihak mahkamah telah membenarkan agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan untuk mengganggu mngsa sehingga lah kes mereka selesai.
Kisah ini sekali gus menjadi bualan hangat para warganet dan menjadi tanda tanya sehinggakan Iqbar sanggup bertindak sedemikian rupa. Melihat kepada carian komen netizen, mereka membongkarkan kisah bahawa bapa tirinya, Shah Rizal telah berkahwin lain.
Ura-ura kuat tersebar menyatakan isteri barunya itu adalah pengasas kosmetik muda, yang juga pernah membintangi drama Syahmi Sazli dahulu iaitu Aen Syahera. Menguatkan lagi dakawaan apabila tampil individu yang pernah terserempak Shah Rizal dan Aen menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur bersama-sama pada awal tahun lalu.
Namun, sehingga kini Iqbar masih lagi tidak mendedahkan punca sebenar berbuat demikian ke atas bapa tirinya. Apa pun sama-sama kita doakan agar ikatan kekeluargaan dan kemelut yang melanda antara mereka dapat diselesaikan secara baik.