Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jauh Lebik Baik! Bekas Isteri Suami Izreen Azmida Kongsi Gambar Bersama Lelaki Kacak Jadi Perhatian

Sudah menjadi lumrah pasangan yang berkahwin untuk mengimpikan perkahwinan yang bahagia kekal hingga ke anak cucu. Namun begitu, soal jodoh pertemuan itu adalah rahsia Allah yang setiap individu mestilah akur dan redha dengan apa jua terjadi.

Terdahulu, kisah rumahtangga antara pemuzik Ude Wahid dan bekas isterinya Intan Salleh menjadi bualan ramai di media sosial dengan kehadiran pelakon, Izreen Azmida. Kisah itu menjadi kontroversi apabila perkahwinan mengejut antara Ude dan Izreen terbongkar.

SUDAH ADA TEMAN PENGGANTI

Sejak daripada kisah perpisahan itu, ibu kepada dua anak kecil Intan Salleh telah menjadi perhatian media dan juga warganet. Dalam masa yang sama, ramai pengasas produk dan jenama pakaian mula menyunting Intan menjadi duta dan juga model produk.

Baru baru ini hangat pula diperkatakan bahawa bekas isteri pemuzik ini sudah pun mempunyai pengganti teman hidup yang baru setelah lama menjadi ibu tunggal. Melalui perkongsian foto yang dimuat naik oleh Intan di akaun peribadi instagramnya mendapat restu daripada para peminat.

Foto sekeping yang dimuat naik bersama jejaka tampan itu menjadi gossip hangat dan ramai yang mengatakan Intan sudahpun berpunya. Melalui foto itu, Intan juga telah bertindak dengan membuat kapsyen yang begitu manis dan seolah sedang hangat dilamun cinta.

HANYA SEORANG SAHABAT

Menerusi kapsyen itu, Intan meluahkan rasa terima kasih kepada lelaki tampan yang kelihatan seperti seorang kacukan tersebut. Dalam masa sama Intan menegaskan bahawa dia hanya menganggap sebagai seorang teman yang sentiasa ada disisi.

Menerut Intan, seseorang individu itu bukan diukur melalui jangka masa mengenali tetapi dengan kehadiran ketika waktu susah dan senang bersama. Dan Intan kini mampu ketawa kebahagiaan dengan kehadiran teman baru ini.

MENDAPAT RESTU PEMINAT

Foto ini telah mendapat omen dan juga restu daripada peminat yang rata rata mengucapkan tahniah dan semoga berkekalan. Dalam masa yang sama ada juga peminat yang memuji ketampanan sahabat baru Intan ini.

Kongsi artikel ini: