Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam dunia seni tanah air, ada juga selebriti yang tidak sebulu sesama sendiri kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza mengenai sesuatu perkara. Terdahulu konflik pelakon popular penuh kontroversi, Zarina Anjoulie berakhir dengan kes saman menyaman.
Sebelum ini, Emelda Rosmila menuntut permohonan maaf dan ganti rugi lebih RM1 juta daripada Zarina rentetan daripada kes mereka berdua. Dan baru baru ini dilihat pula pelakon Amyza Aznan yang juga tidak berpuas hati dengan Zarina Anjoulie.
Kini pula tiba masa Amyza Adnan telah bertindak mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan rugi berjumlah hampir RM5 juta daripada peguam, Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Zarina Anjoulie tempoh hari.
Hal ini adalah susulan bagi Tindakan peguam tersebut yang telah mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan dan fitnah yang dapat merosakkan reputasi Amyza sebagai seorang selebriti yang aktif di kaca tv dan juga media social.
Amyza yang diwakili peguamnya itu menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran bagi ganti rugi kerosakan disebabkan oleh Zarina. Menurutnya lagi, permohonan maaf mestilah dibuat secara terbuka di media social, penerbitan media serta siding akhbar dan selepas daripada itu barulah budi bicara akan dilakukan terhadap tuntutan yang kemukan itu.
Tambah Amyza lagi, sekiranya pihak Zarina gagal membuat permohonan maaf maka dia akan meneruskan kes dengan memfailkan saman di mahkamah bagi proses yang seterusnya. Difahamkan juga, Amyza ditemani peguamnya telah ke pejabat peguan Zarina di Shah Alam namun hanya menghantar notis itu kepada kakitangan kerana dia berada diluar.
Menurut Amyza lagi, Hafidza telah memfitnah dia dan teman Emelda dengan mengatakan Tindakan mereke berdua sebagai satu kempen bagi membunuh karakter Zarina. Hal ini telah membuatkan reputasinya dalam bidang seni tercalar.
Sebagai seorang anak seni yang ingin bertahan lama dia bertindak ingin membela nasibnya dan juga haknya kerana menurutnya itu hanya sekadar fitnah semata mata.