Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bekas Suami Erra Fazira “Jandakan” Artis Cantik Dari Indonesia Pula

Membina mahligai rumah tangga hanya berbekalkan cinta tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan atau pun kekal sampai ke akhir hayat. Fikir sejenak bagaimana orang dahulu boleh kekal bahagia meski pun berkahwin atas pilihan keluarga?

Sebenarnya garis masa telah mengubah gaya hidup dan pemikiran manusia kini. Kita dilihat lebih ego dan juga terlalu mengikut perasaan dalam membuat sesuatu keputusan sehingga hilang rasa hormat terhadap pasangan.

RUMAH TANGGA BELLA DAN ENGKU EMRAN BERTIUP KENCANG

Bercerita soal rumah tangga, selebriti terkenal dari Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella telah menarik mata ramai peminat apabila rumah tangga dibina bersama Engku Emran dilihat goyah.

Kisah rumah tangga bertiup kencang apabila kedua mereka dilihat tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di media sosial malah Bella sendiri sudah pun memadam gambar bersama suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin Bertiup Kencang! Engku Emran Tukar Gambar Solo, Unfollow Isteri

AKUR AKHIRNYA BERPISAH, BERTAHAN UNTUK DUA TAHUN SAHAJA

Sekian lama menjadi tanda tanya ramai peminat dan para media, terbaru Bella mendedahkan yang hubungan mereka berdua telah berakhir setelah ianya sempat bertahan untuk dua tahun sahaja.

Jelas Bella, keputusan ini dibuat adalah hasil perbincangan baik antara kedua belah pihak. Ianya berlaku secara damai dan baik-baik sahaja. Biar pun detik ini amat sukar, sebenarnya mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Namun aturan Allah lebih jelas dan perpisahan adalah jalan terakhir untuk kedua mereka. Menurut Bella, terlalu banyak yang dia belajar selama bergelar isteri kepada Engku Emran. Pengalaman tersebut membuatkan Bella lebih kuat dalam membaiki kelemahan diri di masa depan.

BANYAK BELAJAR DARI KISAH LALU
“Saya ingin menjelaskan bahawa kami bedua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik. Sudah berbagai-bagai usaha kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini dan diharap semuanya selesai dengan baik sahaja.”
“Dua tahun dia menjadi suami saya, banyak sekali perkara yang dapat saya belajar dan saya percaya dengan apa yang berlaku ini pasti ada hikmah. Saya jadikan pengalaman rumah tangga saya ini sebagai pelajaran untuk saya perbaiki kekurangan diri pada masa akan datang.” Jelas Bella lanjut.

Justeru, sama-sama kita doakan kedua mereka tabah dalam menempuh ujian ini. Penulis percaya tiada pasangan yang ingin berkahwin hanya untuk berakhir dengan perpisahan.

Kongsi artikel ini: