Keadaan yang biasa bagi kita namun menjadi luar biasa bagi orang lain. Mungkin anda pernah melalui dengan situasi sebegini yang mana berdepan dengan individu yang kurang berkemampuan.

Dalam kehidupan dunia serba moden, masih wujud mereka yang kurang bernasib baik. Membeli makan segera dilihat makan biasa orang kita kini namun tidak dinafikan masih ada mereka yang sedang berjuang untuk mendapatkannya.

Justeru, kita dituntut untuk membantu meringankan beban antara satu sama lain agar nikmat kebahagiaan dapat dikongsi bersama. Seorang gadis yang dikenali sebagai Raja Farah Sofea di laman Twitter telah menarik mata warganet.

BANTU PAKCIK CINA BELI MAKANAN SEGERA BUAT CUCUNYA

Perkongsian Farah telah membuatkan orang ramai terkesan dan membuka mata tentang perlunya “common sense” dan juga erti sebenar berkongsi rezeki dengan individu kurang berkemampuan.

Difahamkan Farah telah membantu seorang lelaki warga emas berbangsa Cina untuk membeli makanan segera. Menurut Farah, pakcik tersebut tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan segera buat cucunya.

Melihat keadaan pakcik tersebut yang mengharapkan sesuatu untuk dibawa pulang kepada cucunya, Farah tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan dan belanja pakcik berkenaan.

JANGAN TAKUT BERSEDEKAH, DALAM REZEKI KITA ADA TERSELIT ORANG LAIN

Apa yang cuba Farah ingin kongsikan di ruangan Twitter adalah ringan tangan untuk bersedekah. Hal ini kerana dalam setiap rezeki yang kita miliki ada terselit rezeki buat orang lain juga. Jangan takut untuk menghulur kerana ganjaran akan digantikan dengan lebih besar kelak.

Melihat kepada respon warganet, Farah telah menerima pujian yang bertalu-talu. Mereka sempat mengucapkan terima kasih buat gadis ini kerana memberi bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira agama dan juga bangsa.

Tak kurang juga, mereka turut mendoakan agar Farah dimurahkan rezeki dalam kehidupan seharian dan berharap agar perbuatan baiknya itu menjadi contoh buat yang lain agar peka dengan masalah sekeliling.

Kesimpulannya perkara baik akan digantikan dengan ganjaran baik. Jadi jangan takut untuk berkongsi rezeki dan tanamkan sifat untuk bersedekah dalam diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here