Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Suami Emma Maembong Muat Naik Gambar, Wajah “Kembar” Pula Tarik Perhatian Peminat

Kembar adalah kelahiran berganda iaitu seorang ibu melahirkan dua atau lebih anak daripada kandungan yang sama. Pasangan kembar boleh jadi sama jantina atau pun berlainan.

Selain itu, kelahiran berganda terjadi apabila dua individu berkongsi uterus ibu dalam masa yang sama. Kebanyakan kes kelahiran kembar terjadi pada jangka masa yang singkat. Umum mengetahui bahawa seorang wanita memiliki rahim yang terhad.

Disebabkan ini lah ibu kembar sangat jarang untuk mengandung pada suatu tempoh yang penuh yakni 40 minggu. Mereka yang memiliki kandungan kembar hanya bertahan untuk jangka masa 37 minggu sahaja berbanding kebiasaan.

SUAMI EMMA MILIKI SAUDARA KEMBAR

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pelakon cantik kelahiran Kuala Terengganu, Emma Maembong sebenarnya berkahwin dengan jejaka kembar. Tidak lokek untuk berkongsi momen tersebut, Emma ada memuat naik gambar suami dan juga pasangan kembarnya.

Sebenarnya Muhammad Shazli ada pasangan kembar seiras yang sama kacak. Melihat ke ruangan Instagramnya sahaja, peminat dapat melihat wajah saudara kembarnya itu yang mungkin membuatkan ramai tergamam.

Mana tidaknya, bagi yang tidak biasa sudah pasti keliru untuk membezakan keduanya. Walau bagaimanapun, Emma dan Shazli tidak pula menjelaskan secara terperinci maklumat lengkap saudara kembar suaminya tersebut.

JANGAN SAMPAI EMMA TERTUKAR SUAMI

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka terkejut dengan perkongsian selebriti berkenaan. Menarik perhatian apabila mereka menitipkan pesan agar Emma tidak tersalah membezakan suaminya pula.

Mungkin sebagai orang luar amat sukar untuk kita mengenal pasti. Tetapi sebagai dua individu sudah pasti mereka mempunyai lenggok dan tingkah laku yang tidak sama. Mungkin dengan cara sebegitu antara cara baik untuk mengenali mereka.

Ini lah keistimewaan pasangan kembar. Memiliki rupa paras yang sama menjadikan mereka unik dan sukar untuk dikenal pasti. Apa pun semoga Emma lebih mengenali suami dan tidak tertukar pula kelak.

Kongsi artikel ini: