Kalau menyebut saje nama Datuk Alha Alfa memang semua dah kenal dengan profession jurusolek artis yang diceburinya juga. Selain daripada menjadi jurusolek, dia juga merupakan usahawan berjaya dengan produk kosmetik sendiri.

SERING KALI MENERIMA MESEJ PELIK

Seperti yang kita tahu, jurusolek terkenal ini memegang status duda sejak dia berpisah dengan isteri baru baru ini. Perkahwinan yang dibina tidak dapat bertahan lama disebabkan tiada persefahaman antara mereka berdua.

Baru baru ini Datuk Alha Alfa telah mendedahkan dia sering diganggu oleh gadis gadis di media sosial dengan mesej seolah olah kekasihnya. Individu ini bertindak memberi mesej peribadi di akaun media sosial usahawan terkenal ini.

Namun begitu, Datuk Alha Alfa memberitahu bahawa dia tidak pernah melayan mesej yang diberikan itu kerana bimbang ada unsur yang tidak elok untuk mendekati dirinya yang sedang hangat menjadi rebutan.

“Saya selalu je dapat mesej bukan-bukan dan pelik-pelik.. Menakutkan.. jampi-jampi ayat macam mantera la apa la..”
BOLEH MENIMBULKAN FITNAH

Menurutnya dia berasa takut dengan tindakan individu tersebut kerana mesej itu kadang kadang mengandungi jampi yang pelik dan menakutkan. Dia juga mempersoalkan mentaliti individu yang sewenang wenangnya memberi mesej tersebut.

“Mengarut yang bukan bukan boleh datangkan fitnah benda macam ni..”

Tambahnya lagi, mesej seperti ini boleh menimbulkan fitnah antara dia dan individu ini, jadi dia mengambil kesempatan untuk tidak memberi respond. Dia juga memuat naik gambar perbualan yang dikirim individu tersebut di insta story miliknya.

RAMAI YANG DATANG MERISIK

Pada April lalu, setelah mendedahkan statusnya, dia ada menerima lamaran daripada ibu bapa yang ingin menjadikannya sebagai menantu tanpa mengeluarkan belanja hantaran yang tinggi. Namun begitu, dia juga telah menegaskan bahawa dia belum bersedia untuk mencari pengganti sebagai peneman hidup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here