Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Akui Tak Mudah Nak Puas Hati Semua Pihak, Risteena Kongsi Rahsia Untuk Kekal Bahagia

Menjadi public figure atau pun selebriti perlu memiliki hati yang kental dalam berdepan peminat atau pun netizen. Dalam ada yang meminati mereka, tidak dinafikan wujud pengkritik atau “haters” yang sering sahaja mencari salah silap.

Ini lah yang dikatakan tanggungjawab sebagai selebriti. Mereka perlu tahu batas dan juga perlu memberi contoh baik dalam kehidupan agar dapat mengelak dari menjadi buah mulut para peminat.

Bergelar pelakon bukan hal mudah. Ianya diakui sendiri oleh pelakon cantik Risteena Munim apabila dia dan encik tuning, Isa Khan sering berdepan tomahan dan pandangan kurang baik sejak akhir-akhir ini.

RISTEENA TAK AMBIL PUSING SIKAP NEGATIF NETIZEN, BELAJAR MEMAAFKAN

Ada sahaja pandangan kurang baik melibatkan kebahagiaan yang cuba dia dan Isa Khan tampilkan di media sosial. Netizen seolah-olah tidak selesa gambar dimuat naik dengan meninggalkan komen-komen berbaur negatif.

Tidak cepat melatah, Risteena tampil memberitahu yang dia tidak ambil peduli dengan sikap negatif dari orang lain. Jadi dia mengambil pendekatan untuk belajar memaafkan. Akuinya lagi, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

TAK MUDAH UNTUK PUASKAN HATI SEMUA PIHAK

Dah menjadi kebiasaan akan ada pihak yang suka dan tak suka dengan peribadi yang dimiliki. Apa yang penting bagi Risteena adalah tidak berbuat jahat pada orang dan memaafkan mereka yang berpandangan serong terhadapnya.

“Biasalah ada orang suka dan tak suka dengan kita. Asalkan kita tak buat jahat pada orang dan sentiasa maafkan orang sudah cukup membuatkan hidup saya bahagia.” Jelas Risteena.

Bertanyakan perkembangan terkini persiapan perkahwinan bersama Isa Khan, Risteena menjelaskan yang mereka masih belum memilih tarikh yang sesuai untuk melansungkan perkahwinan.

BELUM ADA PERSIAPAN PERKAHWINAN

Sehingga kini masih belum ada apa-apa persiapan yang dibuat. Tambah pelakon ini lagi, dia sendiri akan memaklumkan kepada umum jika sudah menetapkan tarikh perkahwinan kelak.

Apa yang pasti menurutnya, dia dan Isa merancang untuk menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini.

Sama-sama kita doakan agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan dipermudahkan urusan dalam membuat persiapan perkahwinan nanti.

Kongsi artikel ini: