Saban hari semenjak penularan wabak Covid-19, rakyat Malaysia pasti menantikan sidang media yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi mengetahun info terkini mengenai setiap peraturan dan juga status positif Covid-19.

Pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) beberapa sidang media akan dijalankan hanya untuk mengumumkan sesuatu perkara penting sahaja. Terbaru, sidang media keselamatan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan beberapa perkara penting yang ditungu-tunggu.

KELONGGARAN BARU, SOP TETAP PATUH

Semua sedia maklum bahawa setiap aktiviti yang dibenarkan beroperasi mempunyai SOP tersendiri bagi mengelakkan penularan wabak ini kepada orang ramai. Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap organisasi adalah bagi memeriksa suhu setiap yang terlibat.

Salah satu kelonggaran yang diumumkan harini adalah mengenai dengan saringan bacaan suhu yang perlu dilakukan setiap kali memasuki premis didalam pusat membeli belah. Bacaan suhu masih lagi diambil tetapi hanya sekali setiap kali masuk ke sesuatu pusat membeli belah sahaja.

Terdahulu, rakyat mestilah membuat saringan suhu di setiap kali memasuki kedai kedai di dalam pusat membeli belah, tetapi bermula 29 Jun 2020 kelonggaran telah diberikan hanya membuat saringan suhu di setiap pintu masuk pusat membeli belah sahaja.

TAMAN TEMA AIR DIBENARKAN BEROPERASI

Selain daripada itu, Menteri Keselamatan ini turut mengumumkan beberapa kelonggaran lagi yang memberi khabar gembira buat rakyat, salah satunya adalah pembukaan kembali taman tema air, jumlah tetamu yang boleh hadir pada perkahwinan di masjid, dewan atau rumah ibadat lain.

Menurut beliau lagi, taman teman air akan dibenarkan untuk beroperasi pada 1 Julai nanti sama seperti beberapa aktiviti yang diumumkan terdahulu termasuk menonton wayang di panggung wayang.

TETAMU MAJLIS KAHWIN 250 ORANG

Bagi pasangan yang dalam proses untuk membuat majlis perkahwinan, mereka dibenarkan untuk menjemput 250 orang tetamu semasa majlis tetapi harus mematuhi SOP yang ditetapkan. Perkahwinan dirumah ataupun masjid juga telah diberikan kebenaran.

Dalam masa yang sama, di akhir sidang media itu, Ismail Sabri telah berpesan kepada rakyat agar mematuhi segala SOP yang ditetapkan seperti memakai penutup muka dan penggunaan sanitizer bagi mengelakkan penularan wabak yang berbahaya ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here