Kumpulan rock terkenal tanah air XPDC yang dilahirkan pada tahun 1989 pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Karya muzik mereka menjadi kegilaan ramai remaja berikutan muzik dan lirik yang sangat mendalam namun sangat santai sebagai alunan telinga.

Sehingga kini muzik XPDC masih diminati para kaki karaoke. Antara lagu sering menjadi pilihan adalah Cinta Kenangan Silam, C.I.N.T.A, Hidup Bersama dan banyak lagi. Baru-baru ini peminat dikejutkan dengan berita mengenai ujian yang ditimpa oleh vokalis kumpulan lagenda berkenaan.

TISU KULIT ROSAK TERUK, PERLU DANA UNTUK KOS RAWATAN SUSULAN

Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali bin Ismail telah terlibat dengan satu insiden kebakran yang mana telah mengakibatkan hampir keseluruhan wajah serta kaki dan tangan dalam keadaan mlecur.

Dalam perkembangan terbaru vokalis rock berkenaan menerusi laman Facebook, dapat diperhatikan Ali kini semakin pulih dan semakin baik. Walau bagaimanapun dia tetap perlu menjalani rawatan susulan memandangkan tisu kulitnya sudah pun rosak teruk akibat insiden tersebut.

Melihat kepada rakan Ali yang lain, kini mereka sedang giat mengumpul dana dalam membantunya membiayai kos rawatan agar Ali kembali pulih seperti sedia kala.

TAK MAMPU UNTUK BERDIRI LAMA

Dalam pada itu, biar pun Ali semakin positif namun dia masih mengalami rasa sakit dan tidak mampu untuk berdiri lama. Hal ini berikutan ketegangan tisu-tisu kulit yang terbkar.

Melihat kepada reaksi peminat, ramai yang meluahkan rasa simpati dengan keadaan terkini vokalis lagenda berkenaan. Mereka sempat menitipkan doa agar Ali cepat sembuh dan dipermudahkan urusan dalam menjalani rawatan pemulihan tisu kulitnya itu.

7 TAHUN TINGGALKAN DUNIA HIBURAN

Sebagai rekod, Ali sudah pun 7 tahun berhijrah ke jalan Allah dan aktif berdakwah bersama kumpulan tabligh. Dia kini dilihat sangat selesa melakukan aktiviti keagamaan berbanding dunia seni yang ditinggalkan.

Justeru, ujian yang Allah berikan datang pelbagai cara. Semoga Ali terus tabah dan kuat dalam berdepan situasi sukar ini. Semoga kesihatannya kembali pulih untuk meneruskan kerja dakwahnya kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here