Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan kepada sesetengah individu yang panik dan lebih selesa berada dirumah bagi mengelakkan jangkitan wabak tersebut. Kini, Kerajaan Malaysia juga telah pun membuat kelonggaran dalam pelbagai aktiviti dalam tempoh PKPP setelah selama hampir serratus hari berkampung dirumah sahaja.
Meskipun begitu, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan tidak digunakan sepenuhnya oleh penyanyi berbakat besar, Stacy Anam. Menurutnya lagi, dia tidak mahu mengambil risiko untuk berada diluar kawasan rumahnya terutamanya bagi anak perempuannya.
Tambahnya lagi, dia hanya membenarkan kedua anaknya iaitu Bella De Luna Valentina, 8 tahun dan Eshaal, 3 tahun hanya bermain dirumah sahaja. Segala aktiviti diluar rumah belum dibenarkan buat mereka berdua.
Tambahnya lagi, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak membenarkan mereka keluar antaranya adalah menurut Stacy, kanak kanak kecil merupakan individu yang berpotensi tinggi untuk terkena jangkitan virus wabak Covid-19 ini.
Sebagai seorang ibu, Stacy juga berasa kesian kerana anaknya sudah pun berada dirumah sejak PKP yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan pada 18 Mac lalu, namun, apa yang pasti, dia ingin mengurangkan risiko jangkitan kepada anak comel nya.
Dalam masa yang sama, Stacy mengambil kesempatan dimusim PKP ini untuk menjadikan rumahnya itu tempat permainan untuk mengelakkan anak anaknya berasa bosan tanpa aktiviti.
Inisiatif yang diambil oleh Stacy ini sangat menarik dan boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain demi menjad=ga keselamatan anak anak kecil.