Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap dari kita pasti memiliki tabiat sendiri yang tak dapat dielakkan. Ianya terjadi secara spontan mahu pun keadaan diri tidak selesa jika tidak mengamalkannya. Sebagai contoh gigit kuku, peluk bantal busuk dan bermacam-macam lagi.
Biar usia semakin dewasa, sudah pasti tabiat ini sukar untuk ditinggalkan kerana ianya sudah pun sebati dalam kehidupan seharian. Artis juga tidak terkecuali dari mempunyai tabiat tersendiri.
Antaranya artis muda dari Negara jiran, Indonesia iaitu Anya Geraldine. Apa yang uniknya tabiat Anya ini adalah dia masih meneruskan menghisap susu dari botol, iaitu sama seperti bayi kecil.
Bunyinya agak ganjil tetapi hal ini diakui sendiri oleh pelakon cantik berkenaan menerusi laman Twitternya pada beberapa hari lalu dengan memuat naik gambar sedang baring di atas katil sambil momennya sedang menghisap susu.
Jelas Anya yang kini sudah memasuki usia 24 tahun, dia sangat sukar untuk membuang tabiat tersebut. Ibu bapanya sudah banyak kali melarang dari berbuat demikian namun dia tetap selesa dengan menyusu botol.
Ibu bapa pelakon berkenaan sudah meminta agak Anya berhenti menyusu sewaktu dia dalam kelas 6. Malah kesemua botol susunya juga turut dibuang oleh ibu bapanya. Walau bagaimanapun dia kembali menyusu ketika berada sendirian di kolej.
Menurut pelakon cantik tersebut, dia sendiri tidak dapat memberikan jawapan terhadap tabiat peliknya itu. Apa yang pasti dia tidak dapat meninggalkan botol susu dan perlu menghisapnya dalam setiap hari.
Melihat kepada reaksi peminat, ramai yang terhibur melihat tabiat “rare” Anya yang mungkin tidak pernah dialami oleh mana-mana individu dewasa. Dapat dilihat mereka juga sempat mengusik pelakon berkenaan agar tidak terlalu bergantung pada botol susu takut nanti rosak gigi.
Jadi, terbukti lah bahawa tabiat pelik sebenarnya wujud dalam kalangan kita. Apa yang membezakan adalah cara kita mengawalnya agar tidak keterlanjuran di hadapan umum bagi mengelak rasa malu.