Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bukan mudah untuk tabahkan hati dan kuatkan semangat dalam berhadapan ujian hidup. Tidak dinafikan kadang kala ujian ini membuatkan kita menjadi lebih matang dalam setiap cabaran yang dihadapi.
Ketahui lah bahawa ujian yang Allah berikan tidak lebih dari kemampuan diri seseorang itu. Pada kali ini penulis ingin kongsikan kisah seorang wanita yang sangat tabah biar pun keadaan diri tidak sempurna seperti yang lain.
Umum mengetahui sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini mengakibatkan sebilangan rakyat hilang punca pendapatan. Pujian perlu diberikan kepada Nur Su’aidah Mohd Jaafar yang menghidapi penykit kronik tetapi tetap berusaha meniaga.
Kadang kala dia kecewa apabila ada pihak yang sengaja membatalkan pesananan atau pun ghaib setelah dia tiba di lokasi COD. Justeru, menerusi perkongsian di Facebook, Su’aidah memohon agar tidak menganiaya peniaga atas talian sepertinya.
Difahamkan wanita cekal ini menyediakan khidmat COD sekitar Kemaman, Terengganu. Bukan mudah untuk kekal positif apabila dia sering sahaja dianiaya sedemikian. Sampai je depan rumah, pelanggan hanya tinggalkan bluetick tanpa respon langsung.
Jelas Su’aidah, dia tidak kisah sekiranya pelanggan ingin membatalkan tempahan tetapi sekurang-kurangnya maklumkan dahulu kepadanya agar tidak ternanti-nanti.
Dikhabarkan suaminya pula dikenali sebagai Zulkiffle Yunus mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja kampung. Antaranya menerima upah untuk mengecat rumah dan juga memotong rumput.
Sedikit maklumat yang diterima, Su’aidah sudah pun mengalami skit kronik sejak 17 tahun lalu. Kesannya dia lmpuh dan hilang deria rasa untuk buang air kecil dan besar. Sejak dari itu, kehidupannya bergantung pada ubat selang sehari hanya untuk membuang.
Keseluruhannya, jika kita tidak mampu untuk menghulurkan bantuan wang ringgit, cukup lah dengan sekadar jangan menyusahkan kehidupan orang lain. Semoga kisah semangat Su’aidah membuka mata orang ramai tentang erti ujian serta jangan cepat mengalah.