Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Akhirnya Acheh Terima Kemasukan Pelarian Rohingya Saat Covid-19 Sedang Hangat

Isu kemasukan warga asing terutamanya rakyat Rohingya secara haram merupakan salah satu isu hangat di negara kita sejak dahulu kala lagi sehingga mereka berani bersuara lantang dan menubuhkan persatuan bai membela hak mereka.

Pelbagai pihak dengan sewenangnya mengutarakan pendapat masing masing sama ada dari segi prinsip kemanusiaan dan juga ada yang memperdebatkan isu keselamatan negara.

Namun begitu, sejak kemasukan yang terlalu ramai terutamanya pada musim penularan pandemik Covid-19 ini, pihak kerajaan telahpun membuat satu operasi tegas bagi membanteras kemasukan PATI di setiap pelusuk sempadan negara. Akan tetapi, ada juga rakyat yang memberi sentiment negative apabila kerajaan tidak menerima pelarian Rohingya.

 

ACHEH MENGHULURKAN TANGAN TERBUKA MENERIMA

Terbaru, satu perkongsian di laman sosial Twitter telah mendapat perhatian ramai apabila video pendek yang dimuat naik itu adalah berkisar tentang warga Acheh yang sedang menyambut Rohingya. Kelihatan nelayan di ACheh yang sedang membantu pelarian Rohingya yang berada di perairan mereka.

Pelarian Rohingya yang kebanyakkannya terdiri daripada wanita dan juga kanak kanak kecil memenuhi setiap ruangan bot dan belayar sekitar kepulauan Acheh. Di dalam video itu, beberapa orang nelayan sekitar bertindak membawa pelarian tersebut ke daratan dan berkumpul di tepi pantai.

TINDAKAN ACHEH TERPUJI SETELAH SEMUA NEGARA DITOLAK

Seperti umum tahu isu pelarian Rohingya ini telah memberi kesan kepada beberapa buah negara dan masing masing mengambil pendekatan untuk tidak menerima lagi kemasukan Rohingya. Seperti yang terjadi dengan pelarian yang berlabuh di Langkawi, kerajaan Bangladesh tidak mahu terima kembali pelarian yang telah lari daripada kem.

Perkongsian yang dimuat naik itu telah mendapat pujian daripada warganet kerana menganggap itu sebagai perbuatan terpuji dari segi kemanusiaan kerana membantu kanak kanak kecil dan wanita demi keselamatan mereka.

Namun begitu, setiap individu mempunyai pandangan tersendiri mengenai kemasukan warga Rohingya ini kerana setiap tindakan itu ada baik burunya.

Kongsi artikel ini: