Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Suka Berpakaian Terbuka, Zizi Kirana Terima “Mesej Nakal” Dari Budak Bawah Umur

Penyanyi cantik kelahiran Semporna, Sabah iaitu Zizi Kirana sering sahaja menjadi perhatian peminat dengan imejnya yang boleh dikatakan menjolok mata dan terbuka. Mengulas mengenai imejnya itu, dia mengakui ada sahaja lelaki gatal yang sering mengusik di laman sosial.

TERIMA MESEJ NAKAL DARI BUDAK BAWAH UMUR
Biar pun sudah diberi amaran, ada sahaja golongan si mata keranjang yang cuba mengajak untuk melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan yang lebih mengejutkan apabila Zizi mendedahkan turut menerima mesej nakal daripada budak di bawah umur.

Tidak cepat melatah, penyanyi bersuara serak basah tersebut mengambil pendekatan dengan mentarbiah serta memberi nasihat kepada budak berkenaan berbanding daripada memarahinya.

TAK GUNA NAK MARAH

Jelas Zizi, jika diikutkan hati sudah pasti dia berasa marah namun tiada gunanya juga. Jadi dia memilih untuk menasihati budak tersebut agar lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran daripada berfikir perkara bukan-bukan.

Sebelum ini penyanyi tersebut ada berkongsikan gambar dengan tampil berhijab sepanjang Ramadhan lalu. Namun tindakannya membuka semula tudung dan kembali imej lama menyebabkan ramai peminat kurang berpuas hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertudung, Tak Dedah Bhg Tertentu Sepanjang Puasa! Zizi Kirana Buat Peminat Nak Masuk Meminang
MELAMPAU SAMPAI ADA YANG GUNA BAHASA KESAT

Tambah Zizi, dia sudah pun memaklumkan sejak dari awal tujuannya untuk menghormati bulan mulia. Dia juga meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik sahaja agar dapat terus kekal istiqomah.

“Apa yang saya boleh katakan, doa sahaja yang baik-baik. Jika ikutkan, saya malas nak layan komen negatif tetapi apabila ada yang melampaui sampai menggunakan Bahasa kesat, saya terpaksa mempertahankan diri.” Memetik kenyataan kepada Berita Harian Online.

Dia turut mengaku bahawa teguran peminat adalah sebagai tanda sayang. Tetapi tiada gunanya jika sampai ke tahap melemparkan kata-kata negatif sehingga menyakitkan hati.

PAKAIAN DIPAKAI ADALAH BIASA SAHAJA

Bercerita soal pemakaian, Zizi berpendapat bahawa apa yang dipakainya adalah biasa-biasa sahaja dan dia selesa dengan cara sedemikian. Dalam pada itu dia meminta peminat agar jangan cepat menghukum seseorang berdasarkan cara pemakaian semata-mata.

Secara keseluruhannya, menegur adalah tidak salah tetapi biar lah pada tahap tertentu dan menggunakan perkataan yang baik agar mudah untuk diterima.

Kongsi artikel ini: