Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Makin Bertiup Kencang! Engku Emran Tukar Gambar Solo, Unfollow Isteri

Sebagai seorang selebriti, semestinya masalah peribadi jugak menjadi perhatian ramai terutama peminat yang mengikuti perkembangan seseorang selebriti kesayangan. Beberapa bulan yang lepas, kita sering kali mendengar khabar angina yang tak sedap didengar mengenai rumahtangga yang melanda Engku Emran dan juga selebriti cantic Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

PADAM GAMBAR BERSAMA DI MEDIA SOSIAL

Kemulut mengenai rumah tangga mereka mula menjadi bualan orang ramai apabila Bella bertindak dengan memadam semua gambar mereka berdua di Instagram milik peribadi actress jelita ini. Warganet juga berpendapat mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Terdahulu, Bella dikhabarkan menyambut lebaran Aidilfitri bersama keluarga di Jakarta dan hanya memuat naik gambar berseorangan sahaja tanpa suami disisi. Dalam masa sama Engku Emran dikatakan hanya berada di KL sejak PKP.

ENGKU EMRAN MULA MEMBUAT PERKARA YANG SAMA

Desas desus ini lagi kuat apabila Engku Emran didapati telah menukar gambar profil Instagram milik peribadinya yang terdahulunya merupakan gambar mengandungi isteri dan anak tetapi kini hanya gambarnya bersama anak perempuannya.

Selain daripada itu, Engku Emran juga bertindak menukar nama akaun media sosialnya daripada @iamkumbre kepada @narmeukge. Lagi mengejutkan adalah Engku EMran tidak lagi mengikut akaun Instagram milik isterinya walaupun Bella masih lagi mengikutinya di Instagram.

Hasil perkahwinan terdahulu dengan primadona negara Erra Fazira, Engku Emran di kurniakan seorang cahaya mata perempuan Aleesya yang ditatap bagi minyak yang penuh. Meskipun sudah berumahtangga namun anak perempuannya itu kelihatan begitu rapat dengan Bella.

Kedua selebriti ini sering kali berkongsi momen manis kehidupan mereka sekeluarga tambah-tambah lagi aktiviti riadah seperti berbasikal di taman dan juga larian. Sejak spekulasi yang kurang enak timbul, mereka tidak lagi aktif berkongsi tentang kehidupan peribadinya.

Namun begitu, desas desus ini tidak pernah dikomen oleh mereka berdua dan mereka lebih selesa berdiam diri. Apa pun yang terjadi, semoga mereka terus kuat mengharungi liku liku alam perkahwinan dan berjaya bersabar diantara satu sama lain.

Kongsi artikel ini: