Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dapat Tawaran Puluhan Ribu Sebagai Peneman Satu Malam, Ini Respon Win Fizo Omar

Umum sudah pun mengetahui tentang kegagalan rumah tangga Fizo Omar dan juga Mawar Karim. Masing-masing mengambil keputusan menyimpan rahsia punca sebenar yang membuatkan mereka bersetuju untuk berpisah.

Alasan diberikan hanya lah sudah tiada kesefahaman lagi antara mereka berdua. Menjadi perhatian adalah kehidupan baru Fizo Omar. Sejak kembali solo ini, dia dilihat kembali aktif berlakon di kaca televisyen.

DITAWAR PULUHAN RIBU UNTUK PENEMAN SATU MALAM

Dalam perkembangan terbaru, aktor kacak berkenaan mendedahkan yang dirinya ditawarkan puluhan ribu hanya untuk dijadikan sebagai peneman satu malam. Siapa kata barang lama atau pun second hand tak laku?

Hal tersebut diceritakan sendiri oleh Fizo menerusi laman Instagramnya yang mana seorang individu ada menghantar mesej dengan menawarkan harga setinggi RM25,000. Walau bagaimanapun, Fizo beranggapan yang itu hanya lah sindiket penipuan alam maya.

RESPON FIZO DENGAN TAWARAN JADI PERHATIAN

Tak kurang hebatnya, Fizo memberitahu yang sebelum ini dia ada pihak yang sanggup bayar dahulu sebelum berjumpa dengannya. Sudah pasti hal ini membingungkan aktor berkenaan yang mana biar pun “barang recond” tapi masih lagi ada harga.

Menarik perhatian adalah cara Fizo respon kepada tawaran yang diberikan. Menyedari yang mesej tersebut adalah sindiket penipuan, Fizo kemudiannya meminta agar individu berkenaan mendermakan sahaja wang yang ditawarkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

KALAU BARANG BARU BERAPA PULAK DIBAYARNYA
“Bukan first time saya dapat DM macam via IG, kadang tu pikir jugak ape poiny diorang ni ek? Ada tu siap minta no acc nak transfer dulu then baru jumpe depan-depan.”
“Barang recond macam saya ni pun ada harga, kalau yang brand new and ladies plak tak tau la berapa kan?” Ujar Fizo lanjut.

Keseluruhannya, pada zaman teknologi ini pelbagai jalan yang boleh digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam memperdaya mangsa. Terutama menawarkan jumlah wang ribuan ringgit untuk mengaburi mata.

Apa pun masyarakat dinasihatkan agar tidak cepat terpedaya atau pun masuk ke perangkap sedemikian. Sentiasa jaga diri dan jangan cepat kelabu mata.

Kongsi artikel ini: