Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berbulan Kena Buang Kerja, Pemuda India Jual Nasi Lemak Tepi Jalan! Diuji Pula “Persepsi” Pelanggan

Saban hari kita dapat lihat semakin ramai rakyat yang mula hilang punca pendapatan. Tidak dinafikan yang ekonomi mula bergerak perlahan dan disebabkan itu lah banyak perusahaan mula terjejas.

Ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk kita menggunakan peluang dan mencari idea di luar kotak. Yang penting perlu menanam sikap rajin serta kekal berfikiran positif untuk bersaing.

DUA BULAN HILANG KERJA, AMBIL KEPUTUSAN BERANI JUAL NASI LEMAK

Dalam mencari pendapatan, seorang pemuda berbangsa India telah mengambil inisiatif untuk membuka gerai nasi lemak di tepi Jalan Sungai Dua-Batu Arang, Rawang. Hal tersebut disebabkan dia telah hilang pekerjaan sebagai pemandu van di salah sebuah kilang.

Dua bulan tanpa pendapatan, idea mula tercetus sejak bulan Ramadhan lalu dan beranikan diri untuk membuka gerai nasi lemak tersebut memandangkan ianya antara makanan kegemaran orang ramai, serta menjadi pilihan untuk sarapan pagi.

BANGUN SEAWAL 4 PAGI

Dikenali sebagai G. Gurubarab, dia dibantu oleh ibu dan kakaknya dalam menyediakan makanan tersebut. Rutin harian mula berubah apabila dia terpaksa bangun seawal 4 pagi bagi menyiapkan 40 sehingga 50 bungkus nasi lemak.

Usahanya seakan-akan membuahkan hasil apabila hampir setiap hari juadah yang dijual dengan harga RM1.50 sebungkus habis terjual. Antara pelanggan yang sering menjadi pelanggannya adalah penduduk sekitar yang melalui jalan tersebut.

PELANGGAN CANCEL BILA BERLAINAN BANGSA
Walau bagaimanapun, menurut pemuda berusia 24 tahun ini, bukan mudah untuk berniaga pada awalnya jika tidak memiliki mental yang kuat. Menurut Guru, dia pernah berdepan dengan persepsi dan rasa ragu-ragu pelanggan terhadap nasi lemak yang dihasilkan.

Tambahnya lagi, ada pelanggan berhentikan kereta untuk membeli nasi lemak, namun apabila melihat dia berbangsa lain terus tak jadi beli. Menurutnya, segala persiapan nasi lemak disediakan dengan bersih dan tanpa bahan meragukan. Malah turut memakai sarung tangan dan topeng muka sepanjang berniaga.

Itu lah lumrah dalam perniagaan. Ianya tidak lah semudah seperti yang disangkakan. Apa yang pasti terus cekal dan membawa kelainan dalam setiap urusan perniagaan. Paling penting rasa SEDAP.
Kongsi artikel ini: