Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pavithra tampil berbeza dan mengejut ramai peminatnya apabila beberapa hari lalu tersebarnya beberapa keping gambar YouTuber berkenaan yang telah mendapat sentuhan dari jurusolek terkenal Razzi Musa.
Pavithra ternyata tampil berbeza berikutan sebelum ini wajahnya sering menghiasi YouTube hanya dengan pemakaian tshirt biasa tanpa mengenakan apa-apa solekan. Namun penampilan terbaru sebagai cover majalah dipuji sangat cantik dan fotogenik.
Setelah itu, Pavithra ditanya berkaitan pembabitannya sebagai model. Namun berbeza pula pendapatnya dan menganggap ia adalah pengalaman pertama dan kali terakhir.
YouTuber masakan tersebut telah mengejutkan ramai netizen yang beranggapan ibu kepada dua orang anak itu telah pun beralih menceburi bidang baru. Bila nama dah terkenal, macam-macam yang mampu dilakukan untuk menguatkan lagi penjenamaan.
Walau bagaimanapun, Pavithra tetap wanita yang sama. Sejak dia berkecimpung sekadar suka-suka di YouTube matlamatnya tetap sama iaitu untuk membantu meringankan beban suami yang selama ini bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit dan tidak lebih dari itu.
Tambahnya lagi, sangat mustahil untuk dia berada dalam bidang peragaan dan model kerana beranggapan kerjaya tersebut tidak sesuai dengannya. Dia menerima tawaran pengambaran sebelum ini kerana menyangkakan ianya mudah untuk dilakukan.
Sangkaannya meleset apabila perlu melalui tempoh sehingga empat jam lamanya untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.
Dikhabarkan kehidupan mereka sekeluarga sangat berbebeza berbanding dahulu. Sejak terkenal, hampir setiap hari Sugu dan Pavithra menerima lebih 50 panggilan dari pihak radio mahu pun media cetak yang lain.
Pavithra menafikan yang hidupnya berubah sejak terkenal. Jelasnya mereka masih lagi sama seperti sebelum ini. Sebagai manusia, pasangan suami isteri ini tetap meletakkan target di mana ingin berusaha ke fasa yang lebih baik.
Kesimpulannya jangan jadikan terkenal sebagai asbab kejatuhan diri sendiri. Yang penting teruskan usaha dalam menyiapkan konten YouTube yang lebih baik untuk paparan peminat. Semoga maju jaya buat Sugu dan Pavithra.