Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jadikan Anjing Sebagai “Anak Angkat”, Netizen Tarbiah Harith Iskander Secara Berjemaah

Menjaga dan membela haiwan adalah perkara yang dimuliakan dalam agama Islam. Agama turut  mengajar umatNya agar berbuat baik serta menyayangi haiwan kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini.

Namun tidak semua haiwan kita boleh jadikan sebagai haiwan peliharaan. Dalam agama Islam amat menitik beratkan soal halal serta haram. Sebagai mana umum mengetahui bahawa khinzir dan anjing antara haiwan yang haram untuk disentuh.

Walau bagaimanapun agama ada memberi kelonggaran untuk membela anjing TETAPI dalam situasi/keadaan tertentu yakni untuk memburu atau pun menjaga tanaman/kebun. Jadi ianya bukan lah suatu petanda bahawa umat Islam sewenang-wenangnya untuk memegang bahkan memeluk haiwan tersebut sesuka hati.

HARITH ISKANDER JADIKAN ANJING SEBAGAI ANAK ANGKAT

Menjadi bualan hangat para netizen apabila pelawak terkenal, Harith Iskander dan isterinya memuat naik gambar di laman Instagram dengan memegang seekor anjing. Difahamkan anjing tersebut awalnya dijaga oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nurull.

Kemudiannya, dia terdetik mengambil anjing tersebut sebagai haiwan peliharaannya selepas mendapati ian kehilangan dua kaki dan diselamatkan oleh Nurull. Tindakan Nurull telah menyentuh hati pelawak berkenaan sekali gus menjadikan haiwan tersebut sebagai “anak angkat” mereka dan dikenali sebagai Marvela.

Dalam pada itu, Harith dan isteri sangat berbesar hati untuk menjaga Marvela bersama dua kucing peliharaannya yang lain. Dia juga berjanji untuk merawat anjing tersebut sebagai mana Nurull jaga sebelumnya.

KENA TARBIAH DENGAN NETIZEN, NIAT TAK MENGHALALKAN CARA

Sudah pasti perkongsian Harith ini telah menimbulkan buah mulut masyarakat. Sebagai mana kita tahu, masyarakat Malaysia sangat sensitif berkaitan isu haiwan peliharaan terutama melibatkan anjing.

Jelas netizen, niat untuk berbuat baik kepada haiwan adalah perkara baik tetapi agama tetap melarang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan untuk dipeluk dan ditatang. Hal tersebut sama sekali seperti niat tidak menghalalkan cara.

Biar pun sertu dibenarkan untuk mensucikan diri dari najis berat, ia tidak bermakna kita dibenar dengan sengaja untuk memegang mereka.

Kongsi artikel ini: