Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Aurat Isteri Tanggungjawab Suami! Cara Jep Jaga Maruah Isteri Dipuji Ramai

Sambutan Hari Bapa yang lazimnya disambut bagi menghargai jasa pengorbanan seorang lelaki yang bergelar ayah pada 21 Jun setiap tahun. Pelbagai bentuk sambutan untuk meraikannya contohnya penghargaan melalui hadiah ataupun makan malam yang istimewa.

Sempena sambutan hari bapa baru baru ini, selebriti pelawak terkenal Jep Sepahtu berkongsi momen manis diraikan oleh anak-anaknya dan isteri tercinta secara sangat sederhana tetapi bermakna.

SAMBUTAN HARI BAPA SEDERHANA BERSAMA KELUARGA

Perkongsian yang dibuat dilaman sosial Instagram milik peribadinya dipuji oleh ramai warganet. Detik manis itu diabadikan dengan beberapa keping foto keluarga disamping cahaya mata yang baru sahaja dilahirkan beberapa minggu lepas.

Foto tersebut mendapat hampir 200k sukaan daripada para pengikutnya. Di samping itu juga, mereka menghujani ucapan selamat hari bapa di ruangan komen buat pelawak kesayangan ini.

PEKA DENGAN AURAT ISTERI

Namun begitu, ada juga warganet yang mengambil kesempatan dengan memuji Jep Sepahtu yang begitu peka dengan aurat isteri semasa memuat naik foto keluarga di media sosial. Jep atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin dilihat bertindak menggunakan emoji untuk menutup bahagian fizikal isterinya yang terdedah.

Hal ini adalah kerana tidak mahu aurat isterinya, Sari Yanti menjadi tontonan umum di media sosial. seperti yang umum tahu, Jep dan Sariyanti selamat diijabkabul sejak 2017 dan sering kali menjadi pasangan selebriti kesukaan ramai.

“Tu menunjukkan Jep ni teliti orangnya.. Sebelum upload dia perhati betul betul foto tu sesuai ke tak.. bagus kan Jep ni.. taka da lah alasan tersalah muat naik ke apa..”
“Bagus Jep tutup aurat isteri..”

Nampaknya peminat menghargai ketelitian yang dibuat oleh Jep sendiri sebelum memuat naik gambar keluarganya. Warganet memuji dengan sikap Jep yang menjaga aurat isterinya yang kini sedang dalam tempoh berpantang.

Kongsi artikel ini: