Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tengok Pun Sebak, Shuib Sepahtu Kongsi Keadaan Rumah Lama Sebelum Berjaya Sebagai Pelawak

Nasib kita sebagai manusia terletak pada peluang dan usaha. Jika kita pandai menggunakan peluang yang ada sudah pasti ianya membuahkan hasil tanpa kita jangka. Jadi tidak mustahil jika seseorang itu dahulunya hidup susah kini mampu hidup mewah.

Yang penting pemikiran harus lah kekal positif dan tanam niat untuk mengubah masa depan. Bukannya hanya berserah bulat-bulat kepada takdir tanpa membuat sesuatu.

SHUIB KONGSI KEADAAN RUMAH SEBELUM DIANGKAT SEBAGAI JUARA RAJA LAWAK

Siapa sangka, pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu yang dahulu kehidupannya sangat lah susah sama seperti rakyat marhaen yang lain. Namun sejarah mengubah hidupnya apabila menyertai program lawak Raja Lawak Musim Ketiga sekali gus diangkat sebagai juara.

Dan sejak dari situ kerjaya Shuib mula meningkat naik sehingga kini mampu bergelar usahawan berjaya. Selain daripada berlakon dan menjadi penyampai radio, Shuib juga giat mengusahakan perniagaan minuman berasaskan madu iaitu Bubble Bee.

Disebalik kejayaan ini, Shuib sempat berkongsikan pengalaman hidupnya dahulu yang pernah tinggal di dalam rumah usang. Beberapa hari lalu, pelawak tersebut ada memuat naik rakaman video di saluran YouTube ketika berkunjung ke rumah lamanya.

MEMBESAR DARI UMUR 8 BULAN SEHINGGA 17 TAHUN

Shuib membawa peminat melihat keadaan rumahnya itu yang terletak di Batu 5, Perak di mana tempat dia membesar sejak umur 8 bulan sehingga lah menjejak usia 17 tahun. Menurut Shuib, pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tinggal di situ.

Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Rumah tersebut sudah pun tidak berpenghuni kerana tiada siapa yang ada untuk menguruskannya. Dapat dilihat masih ada cebisan pelekat doa yang ditampal oleh arwh neneknya di dinding rumah menambah lagi rasa sebak penonton.

Melihat kepada reaksi netizen, ramai memuji sikap rendah diri yang ada pada Shuib yang tidak pernah lupa pada asal usulnya biarpun sudah mencapai kejayaan berlipat ganda.

NETIZEN CADANG UBAH SEBAGAI HOMESTAY

Dalam pada itu, ada pihak yang mencadangkan agar Shuib mengubah rumah lamanya itu agar dijadikan sebagai rumah tumpangan atau pun homestay. Jelas mereka sayang jika dibiarkan ianya tidak berpenghuni dan dimamah anai-anai.

Konklusinya, untuk berjaya dalam hidup bukan lah perkara mustahil. Semoga kisah Shuib mampu menjadi inspirasi buat kita semua agar terus berjuang dalam ekonomi masing-masing.

VIDEO PENUH:

Kongsi artikel ini: