Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cinta itu adalah lumrah yang Tuhan jadikan kepada hambaNya. Untuk jatuh cinta tidak salah tetapi ianya akan menimbulkan masalah dan jadi salah bila jatuh cinta kepada individu yang bergelar isteri atau pun suami orang.
Ibarat trend dalam masyarakat kita sejak akhir-akhir ini apabila ada sahaja kisah merampas atau pun menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain. Sedangkan ramai lagi mereka yang solo untuk dijadikan pilihan hidup.
Bila bercerita isu orang ketiga ini, pelakon cantik Fatin Afeefa sekali lagi dikatakan mengganggu suami orang di mana lelaki berkenaan adalah individu sama yang pernah dikaitkan dengan kisahnya dahulu.
Penulis pernah berkongsikan kisah Fatin Afeefa sebelum ini yang pernah buat hal dengan lelaki yang sama pada beberapa bulan lalu apabila isterinya membongkarkan Fatin masih menghubungi suaminya biarpun sudah berjanji untuk tidak berbuat sedemikian.
Isteri lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mag di laman Twitter mendedahkan sikap Fatin yang masih keluar bersama suaminya sedangkan memberitahu untuk berkahwin dengan lelaki bujang yang kaya.
Yang menjadi perhatiannya lagi adalah Fatin dikatakan mengikut suami Mag untuk bermesyuarat di salah sebuah restoran yang menghidangkan minuman keras. Keadaan ini membuatkan Mag berasa kurang senang dan menyifatkan Fatin sebagai memutar belit kenyataan.
Tambah Mag lagi, selama ini Fatin sering sahaja berlakon sebagai mangsa keadaan dan kononnya di diftnah keluar dengan suami orang.
Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata memberikan reaksi kurang senang kepada tindakan Fatin yang sering sahaja terlibat dengan cerita-cerita sebegini yakni ada sahaja kisahnya bersama suami Mag.
Dalam pada itu, mereka juga ada mempertikaikan tindakan Mag yang masih bertahan dengan suaminya meski pun berkali-kali kantoi dengan Fatin Afeefa. Apa pun bukan mudah untuk seorang isteri meninggalkan suami tambah pula demi masa depan anak-anak.
Kesimpulannya, diharapkan Fatin dapat tampil ke hadapan dalam memberikan penjelasan sebaiknya agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik berbanding memaparkannya di media sosial.