Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Muka “Rabak” Alahan Ketika Hamil, Wanita Kongsi Pengalaman Berseri Selepas Bersalin

Setiap wanita yang bergelar isteri mestilah mempunyai impian untuk merasakan pengalaman untuk mengandung selama 9 bulan dan melahirkan zuriat sendiri. Namun begitu, ramai juga yang takut dan tidak tahan dengan alahan ketika mengandung.

Alahan terhadap ibu yang mengandung adalah berbeza mengikut individu itu sendiri dan ada juga kadang kala alahan ini akan terjadi kepada si suami. Tempoh alahan seseorang wanita juga berbeza sama ada sepanjang tempoh berbadan dua ataupun hanya sekejap di awal kehamilan.

SAYA BUKAN MAMAK, DAN BUKAN JUGA SEBAB PRODUK!

Melalui satu posting yang dimuat naik oleh pengguna Facebook yang bernama Amna Malik, alahan yang dialaminya agak luar biasa dan jarang terjadi. Amna Malik telah berkongsi foto yang mendapat perhatian ramai warganet dengan pelbagai komen diberikan.

Alahan yang dialami oleh Amna Malik ini telah menyebabkan penampilan dirinya jauh berbeza daripada biasa. Sepanjang tempoh berbadan dua, dia kelihatan sangat berbeza dari segi fizikalnya. Alahan ini telah menyebabkan raut wajah nya turut berubah serta merta.

Foto yang ditunjukkan menampilkan dirinya yang sedang hamil dan baru melahirkan. Kulitnya kelihatan begitu gelap dan kusam dan menyebabkan ianya sangat buruk jika nak dibandingkan dengan sebelum kehamilan.

Dalam masa yang sama, Amna telah menyatakan bahawa perubahan terhadap dirinya ketika mengandung adalah bukan fizikal asal tetapi ianya memang disebabkan oleh alahan yang dialami. Dia juga ada menegaskan bahawa bukan dari keturunan anak mamak atau daripada kacukan.

SUDAH HILANG ALAHAN, KEMBALI KE ASAL

Menurut Amna lagi, dia lama menghilangkan diri dari sosial media disebabkan dia sangat malu dan rasa rendah diri terhadap perubahan alahan itu. Dia kini sedang kembali berubah kepada fizikal yang asal dan dengan bantuan sedikit make up untuk berasa lebih yakin.

Dalam pada itu Amna meluahkan rasa yang dia masih lagi terkesan dengan kritikan yang diterima daripada warganet mengenai perubahan yang dialami tempoh lalu. Walau bagaimanapun, dia kini kelihatan lebih menawan dan jelita seperti sedia kala.

Posting yang dimuat naik itu telah menerima pujian warganet dengan perbezaan foto antara ketika alahan dan juga sekarang ini. Begitulah pengorbanan seorang ibu demi untuk melahirkan zuriat demi kebahagiaan rumahtangga.

Kongsi artikel ini: