Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kedai Runcit Ebit Lew Beri Bantuan Percuma Dan Tawar Harga Rendah Bakal Beroperasi Julai Hadapan

Nama Ustaz Selebriti iaitu Ustaz Ebit Lew tak asing lagi sejak pelbagai jenis bantuan yang disumbangkan sejak PKP bermula Mac lalu. Beliau bukan sahaja tampil memberi bantuan keperluan buat para petugas barisan hadapan malah memberi bantuan kepada golongan yang kurang mampu juga.

Dengan bantuan yang diberikan, maka tercetuslah idea untuk membuka kedai barangan runcit. Terbaru melalui satu perkongsian yang dimuat naik di akaun Facebook, Ebit Lew berkongsikan perjalanan kedai runcitnya dengan semua peminat.

10 CAWANGAN BARU AKAN BEROPERASI JULAI

Menurut Ebit Lew 10 cawangan kedai runcitnya itu akan bermula operasi bermula pada pertengahan bulan Julai dan rata rata cawangan kedai ini adalah di kawasan Lembah Klang. Cawangan pasaraya tersebut dalam proses pengubahsuaian bagi persediaan untuk pembukaan nanti.

Tambah Ustaz Ebit Lew juga dia begitu terharu dan berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengilang dan juga pengedar produk kerana sama sama membantu usahanya dalam membuka kedai runcit.

KEDAI RUNCIT SAMBIL BERAMAL

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew telah memaklumkan bahawa dia berhasrat untuk membuka kedai runcit dengan harga terendah disamping dia ingin membantu golongan yang kurang mampu untuk mudah berbelanja.

Menurut pendakwah 36 tahun itu, setiap cawangan kedai runcitnya ini akan menyediakan bekalan makanan bagi golongan yang kurang mampu. Kedai yang diberi nama Elews Mart ini bukan sahaja menawarkan harga terendah malah juga membantu yang kurang mampu.

Tambahnya lagi, system yang akan diguna pakai adalah system warehouse dan dia sangat bertuah kerana syarikat besar seperti Nestle berkongsi ilmu perniagaan untuk menjayakan usaha ini. Layanan dan bantuan daripada pihak Nestle sangatlah berguna untuk Ebit Lew membuka kedai.

Dalam masa yang sama, Ustaz Ebit Lew mengambil kesempatan di dalam posting yang dimuat naik bagi mengucapkan terima kasih buat peminatnya yang mendoakan dia untuk menjayakan usaha ini. Semoga tindakan murni yang diusahakan ini mendapat manfaat kepada semua.

Kongsi artikel ini: