Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Semenjak penularan wabak pandemik Covid-19, perintah PKP membuatkan semua rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk di rumah dan sejak dari itu, ramai yang menggunakan platform media sosial dengan kreativiti tersendiri untuk mengisi masa terluang.
Ramai juga dalam kalangan artis yang menggunakan media sosial untuk mendekatkan diri dengan peminat contohnya melakukan challenge Tik Tok bersama sama dan juga live di Instagram ataupun Facebook.
Antara yang jadi tumpuan ialah pelakon kacak, Aeril Zafrel atau lebih dikenali dengan Presiden Tik Tok. Namanya mulai terkenal sejak berlangsungnya PKP.
Aeril Zafrel sememangnya sangat popular dengan karenah mengusik dan menyakat isteri tersayang, Wawa Zainal yang sering di kongsikan di media sosial mereka. Selain itu, dia juga tidak terlepas dari menyakat para peminat yang mengikutnya di akaun Instagram.
Terbaru, Aeril Zafrel memuat naik satu video pendek yang memaparkan dia yang sedang membuat ujian saringan Covid-19. Menurutnya, dia telah mengambil perkhidmatan doktor bagi membuat saringan kerana berasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu.
Menurut Aeril Zafrel, pengalaman membuat ujian Covid ini menyebabkan dia berair mata. Keputusan ujian tersebut adalah pelakon 31 tahun ini disahkan negatif daripada jangkitan wabak pandemik tersebut.
Dalam masa itu dia sempat mengusik para pengikutnya di Instagram dengan menyatakan bahawa dia negatif Covid-19 dan hanya positif kacak. Aeril Zafrel merupakan antara selebriti yang sering memuat naik gambar seldie di Instagram dengan kapsyen menarik.
Video pendek 15 saat itu telah berjaya mendapat tontonan seramai hampir 400,000 dan ramai pengikut warganet yang memberi komen mengenai prosidur mengambil sampel swap hidung selain terhibur dengan kapsyen yang ditulis pelakon berkenaan.