Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kongsi Pengalaman Photoshoot, Jurusolek Dedah Sikap Sebenar Pavithra Membuatkan Dia Mudah Berjaya

Setiap hari ada sahaja kisah yang melibatkan nama YouTuber yang kian meningkat naik iaitu Sugu dan isterinya Pavithra. Mereka dilihat sangat disenangi ramai dek kerana cara penyampaian mereka yang mudah difahami.

Baru-baru ini nama Pavithra menjadi bualan ramai kerana tampil persis model antarabangsa. Sudah pasti penampilan sedemikian membuatkan ramai tergamam kerana sebelumnya dia hanya tampil memakai tshirt biasa dalam setiap perkongsian video.

Kali ini berbeza, dia dilihat sangat fotogenik dan sangat cantik. Difahamkan Pavithra telah mendapat sentuhan magis dari jurusolek Razzi Musa dalam menghiasi wajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Sekadar Hebat Di Dapur, Pavithra Kini Tampil Yakin Persis Model Buat Netizen Terbeliak Biji Mata
JURUSOLEK DEDAH SIKAP SEBENAR PAVITHRA

Membongkar sikap sebenar yang dimiliki oleh Pavithra ini, Razzi Musa menyifatkan yang dia merupakan seorang yang sangat berbudi Bahasa dan merendah diri dalam setiap percakapannya.

Jurusolek berkenaan ada berkongsikan rasa terujanya ketika menjalankan aktiviti pergambaran bersama Pavithra di Sungai Siput, Perak baru –baru ini. Jelas Razzi lagi, perwatakan Pavithra langsung tak ubah seperti di dalam videonya.

Jadi, tidak hairan lah jika dia dan suami mudah berjaya di platform YouTube dan meraih ratusan ribu subscribers dalam tempoh tempoh yang sangat singkat.

LANGSUNG TAK KEKOK DI DEPAN KAMERA

Dia sangat manis serta sopan. Apa yang boleh dikongsikan, Pavithra ada meluahkan rasa gementar ketika di set pergambaran. Namun itu tidak menghalang untuk dia komited memberikan hasil yang terbaik.

Tambah Razzi lagi, dia bukan sahaja pandai memasak malah sangat berbakat di depan kamera. Selalunya untuk amatur lain yang baru cuba memulakan photoshoot pasti akan berasa janggal namun tidak untuk Pavithra.

HANYA MENGENAKAN SOLEKAN SEDERHANA

Pada pergambaran tersebut, Razzi hanya mengenakan solekan yang sangat sederhana untuk memastikan warna kulitnya muncul dan tampil cantik secara semula jadi. Difahamkan Pavithra mengenakan lima set pakaian dan mengambil masa 4 jam sahaja.

Malah lokasi untuk photoshoot pula hanya sekitar kediaman Pavithra. Kredit harus diberikan kepada jurukamera iaitu Pinography, Zul Herizal sebagai stylist dan tajaan pakaian dari Rizman Ruzaini, Wanpa dan Bernanrd Chandran.

Kongsi artikel ini: