Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan Terlalu Seronok, Ini Yang Perlu Kita Tahu Bila Wayang Akan Dibuka Semula

Sepanjang tempoh PKP ini banyak aktiviti hiburan yang tidak dapat dijalankan seperti sedia kala contohnya persembahan konsert dan juga panggung wayang. Bagi peminat wayang atau kaki wayang, sudah tentu merindukan suasana menonton filem tayangan di panggung wayang dengan lebih seronok.

Satu pengumuman yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan membawa khabar gembira buat kaki wayang kerana panggung wayang dibenarkan untuk beroperasi bermula pada 1 Julai nanti. Setelah hampir 3 bulan terpaksa menonton tayangan filem hanya dirumah, ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu.

BANYAK LIST MOVIE UNTUK DITAYANG

Banyak filem daripada keluaran tempatan dan juga antarabangsa terpaksa ditunda tayangan berikutan dengan penularan wabak Covid-19. Antara filem yang dijadualkan untuk ditayang di pawagam adalah seperti filem perisikan British terkenal “James Bond: No Time To Die”.

Bukan sahaja itu, banyak filem yang beratur untuk menunggu giliran untuk ditayang dipawagam seluruh negara. Bagi peminat series Marvel, filem berjudul “ Black Widow” bakal juga ditayangkan di semua pawagam. Tidak lupa bagi peminat Disney juga “Wulan” akan bertemu dengan anda tidak lama lagi.

KEBENARAN UNTUK EVENT KERAMAIAN

Bukan sahaja menonton wayang tetapi kerajaan juga telah mengumumkan aktiviti seperti teater dan juga live event, serta riadah di kolam renang turut dibenarkan tetapi mestilah mematuhi setiap SOP yang di sediakan oleh pengurusan sesuatu tempat tersebut.

Kebenaran yang sama juga telah diberikan kepada penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus dan juga latihan. Nampaknya banyak juga aktiviti yang dibenarkan untuk beroperasi demi kelangsungan kehidupan bagi era baru.

TIDAK ALPA DENGAN KELONGGARAN

Walaupun sudah terlalu banyak aktiviti yang dibenarkan oleh pihak kerajaan namun dalam masa itu, setiap individu mestilah tidak alpa dan terus menjaga diri sendiri demi mengelakkan daripada penularan wabak Covid-19 melalui cluster yang baru.

Aspek kawalan kendiri seperti pematuhan SOP, pemakaian topeng muka dan juga penjarakan sosial akan menjadi tanggungjawab setiap individu ini sendiri. Hal ini adalah bagi mengelakkan lagi kes jangkitan wabak ini terus menular dengan kenaikan angka positif.

Pada beberapa hari yang lepas, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sendiri telah mengeluarkan satu amaran tentang “fasa baharu dan berbahaya” apabila orang ramai mula bosan dengan perintah berkurung dan kawalan pergerakan, sedangkan virus itu masih merebak.

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI

Semua rakyat Malaysia mestilah sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa perjuangan untuk memutuskan penularan wabak ini belum lagi selesai. Kita tidak boleh merasa selesa dengan tiada kes penularan wabak yang dicatatkan semalam dan juga 9 Jun yang lalu.

Usaha memutuskan rantaian Covid-19 ini hanya boleh dikatakan berjaya apabila tiada kes direkodkan bagi tempoh 28 hari berturut turut dan ianya adalah melalui usaha setiap rakyat itu.

Kongsi artikel ini: