Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan Pertama Kali! Video Panas Mirip Fauzi Nawawi Jadi Bualan, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan

Bergelar sebagai seorang artis atau pun selebriti bukan lah hal yang mudah. Kadang kala hadirnya perkara tanpa diduga yang perlu mereka lalui agar dapat memuaskan hati semua pihak terutama peminat.

Gosip dan kisah-kisah negatif antara perkara yang sering menyelubungi dunia artis. Tak sah jika mereka tidak berdepan dengan situasi sedemikian. Itu lah yang dilalui oleh pelakon popular yang terkenal dengan watak antagonis iaitu Fauzi Nawawi.

BUKAN PERTAMA KALI NAMA DIKAITKAN DENGAN VIDEO PANAS

Terbaru, dikhabarkan Fauzi Nawawi akan sekali lagi membuat laporan polis berhubung satu klip video panas yang didakwa mirip wajahnya yang mula menjadi bualan ramai. video berkenaan mula menjadi bahan bualan di Twitter dan memiliki beberapa versi berlainan.

Menurut Fauzi, hal ini bukan lah pertama kali berlaku dalam sejarah hidupnya sejak bergelar artis. Sejak dari dia bujang, berkahwin, sebelum ada anak dan umur memasuki 50 tahun masih lagi diselubungi perkara sebegini.

ADA PIHAK CUBA MERUNTUHKAN KERJAYA DAN RUMAH TANGGA

Walau bagaimanapun, akui Fauzi, video kali ini adalah yang paling teruk. Dia hanya mengetahui tersebarnya di Twitter setelah dimaklumkan oleh pengikut di Instagram. Jelas Fauzi, video berkenaan bukan lah dari dirinya.

Ianya datang dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba meruntuhkan rumah tangga yang dibina bersama Lisdawati dan juga kerjaya lakonan. Malah akui Fauzi video tersebut sedikit sebanyak telah mengaibkan diri, isteri dan juga anak-anak.

DAH TERSEBAR KE NEGARA JIRAN, INDONESIA

Dalam pada itu, Fauzi sangat menyesali dengan tindakan individu yang berbuat perkara tersebut yang mana langsung tiada faedah. Apa yang boleh dilakukan kini hanya lah membuat laporan polis dan tiadak melayan sangat isu sedemikian.

Difahamkan, video tersebut sudah pun tersebar sehingga ke Negara jiran, Indonesia. Jelas lah bahawa di zaman teknologi kini pelbagai macam cara yang digunakan untuk menjatuhkan nama seseorang.

Apa pun semoga keadilan menyebelahi Fauzi Nawawi dan semoga kisah sebegini menjadi pengajaran buat artis lain agar lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian gambar di alam maya takut terjerat seperti isu video panas kelak.

Kongsi artikel ini: